Harga emas dijangka cecah RM435 segram, jadi tumpuan pelabur

KUALA LUMPUR: Emas dijangka terus menjadi pilihan pelabur dengan sasaran mencecah AS$2,500 (RM11,289) seauns atau RM362.95 segram tahun ini, malah mungkin bergerak ke arah AS$3,000 (RM13,546.7) seauns (RM435.54 segram) seandainya Amerika Syarikat (AS) gagal melunaskan hutang.

Ketua Ahli Ekonomi ACY Securities, Clifford Bennett, berkata sasaran firma itu tidak berubah kepada AS$2,300 (RM10,385.80) seauns atau RM333.91 segram sebelum bergerak kepada AS$2,500 seauns.

“Kenaikan 20 peratus bermula sekarang boleh diraikan dengan ‘taburan emas’. Saya tidak fikir kita akan melihat (harga emas) mencecah AS$3,000 tahun ini. Hanya kemungkiran hutang AS akan membawa kita ke situ,” katanya.

Bennett berkata, penyelesaian terhadap krisis hutang AS dalam beberapa minggu yang akan datang dijangka berlaku, yang mana ia akan menyaksikan penjualan emas akan berlaku buat seketika namun hanya sebagai tindak balas mengejut terhadap perkembangan berkenaan.

“Seandainya kemungkiran hutang berlaku, tidak dapat dijelaskan seberapa tinggi harga emas boleh melonjak,” katanya.

Beliau menambah, gambaran meluas terhadap latar belakang Kesatuan Eropah (EU) pula kekal mencabar, manakala ekonomi global dan AS yang perlahan mengancam pergerakan dolar AS sebagai rizab utama mata wang dunia.

“Apakah pilihan dalam krisis berikutnya, yang semakin hampir berlaku. Jika euro dilihat bermasalah, dan sejarah lampau bagi dolar AS terus pudar, emas kekal ‘pilihan utama’ aset selamat. Simpanan kekayaan yang sebenar dan kukuh yang telah terbukuti berulang kali sebelum ini kekal milik emas.

“Kita juga tahu bahawa beberapa negara telah menumpukan perhatian untuk mewujudkan semula paras bebas rizab emas untuk jangka masa panjang. Ini adalah emas yang dibawa keluar dari pasaran yang tidak akan kembali semula dalam masa terdekat,” katanya.

Bennett berkata, permintaan industri dan barang kemas untuk emas sebenarnya mungkin terus meningkat, walaupun semasa tempoh kelembapan ekonomi global yang berpanjangan.

“Apabila ketidakpastian bertambah, wujud situasi di mana permintaan emas juga meningkat. Sebagai simpanan nilai terhadap krisis, emas pasti ‘menang’ dalam setiap arah tanpa ada pencabar sebenar,” katanya.

Beliau menjelaskan, harga emas ketika ini berada di bawah tekanan susulan peralihan sentimen akibat kenyataan kurang memberangsangkan Rizab Persekutuan (Fed) yang boleh menyebabkan kenaikan logam berharga itu terhenti.

Katanya, walaupun kenaikan kadar selanjutnya oleh Fed sudah dijangka disebabkan tahap inflasi yang masih tinggi, namun terdapat lebih banyak perkara terjadi dalam pasaran emas berbanding perubahan sentimen pasaran akibat jangkaan kenaikan kadar faedah.

“Adalah jelas terdapat permintaan kukuh berterusan ke atas emas dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya.

Bennett menjelaskan, kelemahan harga emas yang berlaku beberapa hari lalu sebahagian besar adalah didorong secara teknikal.

“Banyak penjualan bagi mengelakkan kerugian dilakukan apabila emas berada di bawah AS$2,000 seauns (RM9,031.16).

“Namun, dengan proses ini sudah hampir selesai, pasaran akan mula mengukuh semula tidak lama lagi,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    • April 18, 2025
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    • April 18, 2025
    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    • April 18, 2025
    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    • April 17, 2025
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis