Harga emas dijangka cecah RM435 segram, jadi tumpuan pelabur

KUALA LUMPUR: Emas dijangka terus menjadi pilihan pelabur dengan sasaran mencecah AS$2,500 (RM11,289) seauns atau RM362.95 segram tahun ini, malah mungkin bergerak ke arah AS$3,000 (RM13,546.7) seauns (RM435.54 segram) seandainya Amerika Syarikat (AS) gagal melunaskan hutang.

Ketua Ahli Ekonomi ACY Securities, Clifford Bennett, berkata sasaran firma itu tidak berubah kepada AS$2,300 (RM10,385.80) seauns atau RM333.91 segram sebelum bergerak kepada AS$2,500 seauns.

“Kenaikan 20 peratus bermula sekarang boleh diraikan dengan ‘taburan emas’. Saya tidak fikir kita akan melihat (harga emas) mencecah AS$3,000 tahun ini. Hanya kemungkiran hutang AS akan membawa kita ke situ,” katanya.

Bennett berkata, penyelesaian terhadap krisis hutang AS dalam beberapa minggu yang akan datang dijangka berlaku, yang mana ia akan menyaksikan penjualan emas akan berlaku buat seketika namun hanya sebagai tindak balas mengejut terhadap perkembangan berkenaan.

“Seandainya kemungkiran hutang berlaku, tidak dapat dijelaskan seberapa tinggi harga emas boleh melonjak,” katanya.

Beliau menambah, gambaran meluas terhadap latar belakang Kesatuan Eropah (EU) pula kekal mencabar, manakala ekonomi global dan AS yang perlahan mengancam pergerakan dolar AS sebagai rizab utama mata wang dunia.

“Apakah pilihan dalam krisis berikutnya, yang semakin hampir berlaku. Jika euro dilihat bermasalah, dan sejarah lampau bagi dolar AS terus pudar, emas kekal ‘pilihan utama’ aset selamat. Simpanan kekayaan yang sebenar dan kukuh yang telah terbukuti berulang kali sebelum ini kekal milik emas.

“Kita juga tahu bahawa beberapa negara telah menumpukan perhatian untuk mewujudkan semula paras bebas rizab emas untuk jangka masa panjang. Ini adalah emas yang dibawa keluar dari pasaran yang tidak akan kembali semula dalam masa terdekat,” katanya.

Bennett berkata, permintaan industri dan barang kemas untuk emas sebenarnya mungkin terus meningkat, walaupun semasa tempoh kelembapan ekonomi global yang berpanjangan.

“Apabila ketidakpastian bertambah, wujud situasi di mana permintaan emas juga meningkat. Sebagai simpanan nilai terhadap krisis, emas pasti ‘menang’ dalam setiap arah tanpa ada pencabar sebenar,” katanya.

Beliau menjelaskan, harga emas ketika ini berada di bawah tekanan susulan peralihan sentimen akibat kenyataan kurang memberangsangkan Rizab Persekutuan (Fed) yang boleh menyebabkan kenaikan logam berharga itu terhenti.

Katanya, walaupun kenaikan kadar selanjutnya oleh Fed sudah dijangka disebabkan tahap inflasi yang masih tinggi, namun terdapat lebih banyak perkara terjadi dalam pasaran emas berbanding perubahan sentimen pasaran akibat jangkaan kenaikan kadar faedah.

“Adalah jelas terdapat permintaan kukuh berterusan ke atas emas dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya.

Bennett menjelaskan, kelemahan harga emas yang berlaku beberapa hari lalu sebahagian besar adalah didorong secara teknikal.

“Banyak penjualan bagi mengelakkan kerugian dilakukan apabila emas berada di bawah AS$2,000 seauns (RM9,031.16).

“Namun, dengan proses ini sudah hampir selesai, pasaran akan mula mengukuh semula tidak lama lagi,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    Bank Dunia lantik Judith Green dari Jamaica sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia

    KUALA LUMPUR: Kumpulan Bank Dunia mengumunkan pelantikan Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia. Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata jawatan yang baru diwujudkan untuk Green…

    Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

    SINGAPURA: Pengasas sebuah syarikat perdagangan minyak Singapura yang gagal telah dijatuhi hukuman penjara hampir 18 tahun, kerana menipu gergasi perbankan HSBC berjuta-juta dolar dalam salah satu kes penipuan paling serius…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    ST Telemedia Temasek jual saham U Mobile kepada Mawar Setia milik Vincent Tan dan Tunku Aminah

    • December 6, 2024
    ST Telemedia Temasek jual saham U Mobile kepada Mawar Setia milik Vincent Tan dan Tunku Aminah

    Zaliha nafi buat kenyataan media mengenai Titah Adendum

    • December 6, 2024
    Zaliha nafi buat kenyataan media mengenai Titah Adendum

    Apple rancang bina kilang AS$1 bilion di Indonesia

    • December 6, 2024
    Apple rancang bina kilang AS$1 bilion di Indonesia

    AGC tolak representasi ibu bapa Zayn Rayyan gugur tuduhan abai anak

    • December 6, 2024
    AGC tolak representasi ibu bapa Zayn Rayyan gugur tuduhan abai anak

    99 Speed Mart, Gamuda ganti Genting, Genting Malaysia dalam konstituen FBM KLCI

    • December 6, 2024
    99 Speed Mart, Gamuda ganti Genting, Genting Malaysia dalam konstituen FBM KLCI

    Deleum ambil alih 70% kepentingan PT OSA Industries di Indonesia

    • December 5, 2024
    Deleum ambil alih 70% kepentingan PT OSA Industries di Indonesia