Syed Mokhtar pertimbang jual saham dalam MMC Port

KUALA LUMPUR: Hartawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merancang untuk membawa masuk pelabur ke dalam MMC Port Holdings, urus niaga yang akan menilai pengendali pelabuhan terbesar negara itu lebih daripada RM12 bilion, kata dua sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu.

Konglomerat miliknya, MMC Corp mungkin akan menjual kepentingan sehingga 30 peratus dalam MMC Port, kata salah seorang sumber, sambil menambah bahawa pelabur dan syarikat-syarikat kewangan telah bertanyakan kepada MMC Corp mengenai kepentingan mereka dalam perniagaan pelabuhan.

Penjualan itu boleh menjadi pencetus kepada potensi penyenaraian MMC Port di Bursa Malaysia dalam beberapa tahun lagi.

Pertimbangan sedang dibuat dan belum ada keputusan telah dibuat, kata sumber terbabit, yang enggan dikenali kerana perbincangan adalah sulit.

MMC Corp dan MMC Port tidak memberikan maklum balas kepada permintaan untuk mendapatkan kenyataan.

Di tengah-tengah persekitaran inflasi tinggi, minat pelabur pelabur global terhadap aset infrastruktur meningkat apabila dana ekuiti swasta, persaraan dan berdaulat berminat untuk mendapatkan pulangan jangka panjang yang kukuh.

Volum kontena global juga melonjak disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan dan pelabuhan yang sesak, sekali gus mencetuskan beberapa rundingan urus niaga dalam sektor itu.

Pengendali pelabuhan, PSA International, yang dimiliki sepenuhnya oleh sayap pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings, sedang menilai penjualan 20 peratus kepentingan dalam perniagaan pelabuhan CK Hutchison Holdings yang bernilai berbilion dolar, lapor Reuters pada Disember.

MMC Ports mempunyai tujuh pelabuhan di Malaysia iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor, Northport, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Tanjung Bruas, SPT Services dan Pelabuhan, menurut laman web kumpulan.

Semua pelabuhan berkenaan terletak di sepanjang Selat Melaka, salah satu laluan perkapalan paling sibuk di dunia.

MMC Corp turut memiliki kepentingan dalam pengeluar tenaga bebas terbesar Malaysia, Malakoff Corp dan pembekal gas asli retikulasi di Semenanjung Malaysia, Gas Malaysia.

Syed Mokhtar turut memiliki kepentingan majoriti dalam konglomerat DRB-Hicom, yang mempunyai pegangan dalam syarikat perkhidmatan pos kebangsaan, Pos Malaysia dan pengeluar kereta nasional, PROTON.

  • Coelho

    Related Posts

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

    • May 28, 2025
    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia