Pelikan mahu jual aset, kepentingan perniagaan

KUALA LUMPUR: Pelikan International Corporation Bhd sedang berunding dengan bakal pembeli strategik untuk melupuskan sebahagian besar aset dan kepentingan perniagaan.

Pembekal alat tulis, itu dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia itu berkata, syarikat telah melantik sebuah bank pelaburan sebagai penasihat prinsipal untuk menasihati lembaga pengarah berhubung pelupusan berkenaan dan merundingkan terma urus niaga.

Syarikat akan membuat pengumuman sewajarnya kepada Bursa Malaysia sejajar dengan keperluan penyenaraian Pasaran Utama sebaik saja rundingan dimuktamadkan dan perjanjian muktamad dimeterai,” katanya.

Dalam makluman berasingan, Pelikan mengumumkan bahawa ia kembali untung pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023, dengan mencatatkan keuntungan bersih RM4.65 juta, berbanding kerugian bersih RM6.12 juta setahun sebelumnya.

Sementara itu, pendapatan kumpulan meningkat 18.1% kepada RM236.7 juta daripada RM200 juta pada suku pertama tahun lalu.

“Prestasi kewangan suku ini telah didorong oleh jualan kukuh di rantau Amerika Lain yang merekodkan peningkatan lebih 75%, melepasi paras jualan pra-COVID.

  • Coelho

    Related Posts

    AirAsia X catat kerugian RM155 juta suku pertama susulan kenaikan kos bahan api dan tukaran asing

    AirAsia X rugi RM155 juta pada suku pertama FY2026 akibat kerugian pertukaran mata wang asing (forex) dan kenaikan mendadak kos bahan api jet, walaupun syarikat merekodkan hasil pendapatan tertinggi dalam…

    Kes Pengambilalihan Sukarela Sunway: SPRM Klasifikasikan siasatan terhadap Pengerusi IJM Tan Sri Krishnan Tan sebagai ‘No Further Action’

    KUALA LUMPUR — IJM Corporation Berhad mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menamatkan siasatan terhadap Pengerusi Bukan Eksekutifnya, Tan Sri Krishnan Tan, dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai “No…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    AirAsia X catat kerugian RM155 juta suku pertama susulan kenaikan kos bahan api dan tukaran asing

    • May 17, 2026
    AirAsia X catat kerugian RM155 juta suku pertama susulan kenaikan kos bahan api dan tukaran asing

    NCT Alliance Bhd perluas Projek Industri di Kuala Langat, sasar GDV RM1.5 Bilion

    • May 17, 2026
    NCT Alliance Bhd perluas Projek Industri di Kuala Langat, sasar GDV RM1.5 Bilion

    Kes Pengambilalihan Sukarela Sunway: SPRM Klasifikasikan siasatan terhadap Pengerusi IJM Tan Sri Krishnan Tan sebagai ‘No Further Action’

    • May 17, 2026
    Kes Pengambilalihan Sukarela Sunway: SPRM Klasifikasikan siasatan terhadap Pengerusi IJM Tan Sri Krishnan Tan sebagai ‘No Further Action’

    Pelabur Global Kembali Optimis Terhadap Bursa Malaysia, Catat Belian Bersih RM95.2 Juta

    • May 11, 2026
    Pelabur Global Kembali Optimis Terhadap Bursa Malaysia, Catat Belian Bersih RM95.2 Juta

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh