Destini Bhd namakan semula Azhar sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR: Destini Bhd menamakan semula bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan @ Harun daripada pengarah bebas kepada pengerusi bebas bukan eksekutif berkuat kuasa serta merta.

Syarikat Penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu, itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, berkata Azhar dinamakan semula menggantikan Abdul Rahman Mohd Rejab yang meletakkan jawatan di atas sebab peribadi pada 16 Jun 2023.

Pada 2015, Azhar meletakkan jawatan sebagai pengerusi bukan bebas bukan eksekutif Destini disebabkan komitmen kerja dan peribadi, sebelum dilantik semula sebagai pengarah bebas awal bulan lalu.

Azhar, 61 adalah Speaker Dewan Rakyat dari 2020 hingga 2022 dan bersara selepas Tan Sri Johari Abdul dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen sekarang.

Beliau adalah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari 2018 hingga 2020.

Mac lalu, Azhar turut dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif syarikat pemaju hartanah, Country View Bhd.

Dalam kenyataan berasingan di Bursa Malaysia hari ini, Destini turut mengumumkan dua lagi perubahan dalam Lembaga Pengarah.

Pengarah bebas bukan eksekutif, Dr Nurwahida Mohd Yaakub meletakkan jawatan pada 16 Jun lalu disebabkan oleh komitmen peribadi dan beliau digantikan oleh Datuk Bahudin Mansour berkuat kuasa serta merta.

  • Coelho

    Related Posts

    Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

    KUALA LUMPUR— Syarikat perkhidmatan minyak dan gas Sapura Energy Bhd kini secara rasmi dikenali sebagai Vantris Energy Bhd, menandakan permulaan era baharu dalam usaha transformasi dan pemulihan korporatnya. Penjenamaan semula…

    FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

    Kuala Lumpur, 30 Julai – Penyenaraian FGV Holdings Bhd di Pasaran Utama Bursa Malaysia bakal berakhir selepas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) secara rasmi memperoleh lebih 90 peratus pegangan dalam…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

    • August 2, 2025
    Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

    Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

    • July 30, 2025
    Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

    FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

    • July 30, 2025
    FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

    5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

    • July 30, 2025
    5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai