KTM Brabus 1300 R dijual RM430,000

  • Auto
  • June 23, 2023

KUALA LUMPUR: KTM Brabus 1300 R edisi 2023 diperkenalkan ke pasaran Malaysia dengan tanda harga cukup ‘kayangan’ RM430,000.

Hanya satu unit diimport pasaran negara ini daripada 290 unit yang dihasilkan dan motosikal yang ini telahpun ada pemiliknya.

Untuk pasaran Malaysia unit dengan warna Super Black telahpun dijual.

Untuk rekod hanya 290 unit KTM Brabus 1300 R dihasilkan dengan 145 unit adalah dengan warna Stealth Grey, manakala baki 145 unit lagi adalah Super Black.

Untuk unit yang telah dijual di Malaysia, penggayaan KTM Brabus 1300 R Super Black ini diambil dari supercar Brabus seperti Brabus 900 Rocket Edition dan Brabus 800 XLP.

KTM Brabus 1300 R didatangkan dengan 1,301 cc, lapan injap, V-twin penyejuk cecair yang menghasilkan 180 kuasa kuda (hp) pada 9,500 rpm dan tork 140 Nm pada 8,000 rpm.

Ia turut hadir dengan kotak gear enam kelajuan quickshifter yang membolehkan KTM Brabus 1300 R memecut dari kedudukan pegun hingga 100 kilometer sejam dalam masa 3.2 saat.

KTM Brabus 1300 R didatangkan dengan lampu depan LED bulat tunggal yang dihiasi dengan logo Brabus.

Penggunaan bahagian gentian karbon Brabus diterapkan pada model ini termasuk saluran udara, bahagian bawah tempat duduk termasuk komponen enjin aluminium CNC Brabus seperti triple clamps dan pasak kaki.

Model ini dibekalkan dengan sistem ekzos Brabus dua paip.

Model ini tampil dengan enam mod redaman iaitu Comfort, Street, Sport, Track, Advanced dan Auto.

  • Coelho

    Related Posts

    • Auto
    • August 8, 2024
    • 59 views
    Tesla Batal Bina Kilang Di Malaysia: Ini Reaksi MITI

    KUALA LUMPUR: Laporan berita dari Thailand berhubung keputusan Tesla untuk tidak membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) di mana-mana negara Asean termasuk Malaysia mengejutkan banyak pihak. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan…

    • Auto
    • May 9, 2024
    • 19 views
    Volkswagen rancang mahu jadikan Malaysia sebagai hab eksport

    KUALA LUMPUR: Volkswagen Group Malaysia (VGM) rancang untuk jadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Zafrul…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

    • September 6, 2024
    Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

    OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

    • September 5, 2024
    OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

    Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM

    • September 5, 2024
    Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM

    Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

    • September 5, 2024
    Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

    Saham YTL, YTL Power Jatuh Susulan Siasatan SPRM

    • September 5, 2024
    Saham YTL, YTL Power Jatuh Susulan Siasatan SPRM

    Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar

    • September 5, 2024
    Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar