BMW Malaysia perkenal EV BMW i4 eDrive35 bermula dengan harga RM255,216

  • Auto
  • August 1, 2023

KUALA LUMPUR: BMW Malaysia memperkenalkan model elektrik penuh (EV) BMW i4 eDrive35 yang ditawarkan pada harga bermula RM255,216.

Model itu tampil dengan pilihan dua varian iaitu BMW i4 eDrive35 dan BMW i4 eDrive35 M Sport.

BMW i4 eDrive35 dijual pada harga jualan bersih disyorkan pengilang pada RM255,216, manakala harga runcit disyorkan dengan Waranti & Pakej Servis Lanjutan (BSRI) RM273,800.

Untuk varian lebih tinggi, harga jualan bersih disyorkan pengilang BMW i4 eDrive35 M Sport adalah RM281,216, manakala harga runcit disyorkan dengan Waranti & Pakej Servis Lanjutan (BSRI) adalah RM299,800.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, berkata varian BMW i4 eDrive35 terbaharu menyertai jentera BMW i4 M50 yang sulung, dilancarkan di Malaysia Autoshow 2023 pada awal tahun ini.

“Dengan irasnya yang serba ‘sporty’ lagi elegan, berserta prestasi dan keupayaan pemanduan yang luar biasa, ia terus mengangkat komitmen kami ke atas mobiliti berelektrik. BMW i4 eDrive35 dan BMW i4 eDrive35 M Sport membuktikan aspirasi kami terhadap kenderaan elektrik berprestasi tinggi di negara ini.

“Sempena ulang tahun ke-20 kami dalam menyampaikan inovasi, kesedaran alam sekitar, dan penyelesaian pemanduan yang serba mewah di Malaysia, kami teruja untuk menyambut dua kenderaan cemerlang ini yang sejajar sepenuhnya dengan visi untuk masa depan mobiliti mampan dalam landskap automotif tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengenalan barisan EV terkini itumenjadi sebahagian daripada komitmen BMW Malaysia terhadap usaha inovasi dan pengelektrifikasian.

BMW i4 eDrive35 baharu menggandingkan reka bentuk progresif, aerodinamik yang cemerlang dan gaya badan Gran Coupé empat pintu.

Dari sudut hadapan, varian BMW i4 eDrive35 baharu mempunyai wajah yang garang serta perwatakan yang tersendiri, ditonjolkan oleh komponen gril ‘kidney’ yang didatangkan dengan bilah-bilah disusun mendatar.

Menjengah ke dalam kabin, ruang kokpit varian BMW i4 eDrive35 baharu menampilkan sistem maklumat hibur BMW iDrive serba canggih yang diminati ramai, di samping skrin BMW Curved Display yang menawan, ia menaik taraf estetika serta mengemaskini orientasi pemandu sebagai satu standard baharu bagi kemudahan kawalan yang intuitif.

Di samping itu, ambien ruang dalaman yang terbuka dan serba mewah, diperkayakan dengan material premium serta reka bentuk yang terperinci, menjamin keselesaan dan kepuasan buat pemandu dan juga penumpang, memastikan setiap aspek kenikmatan perjalanan mereka intuitif dan lancar.

Menambah rencah ‘sporty’, varian BMW i4 eDrive35 yang baharu mengenakan stereng sport berkulit, berlatarkan trim kayu oak halus berleliang terbuka yang menawan. BMW i4 eDrive35 M Sport baharu pula didefinisikan dengan trim interior Alumium Rhombicle Anthracite M.

Ia turut disempurnakan dengan sistem pembesar suara stereo yang hebat bagi menyempurnakan pengalaman auditori pengguna.

BMW i4 eDrive35 baharu dikuasakan oleh satu motor segerak elektrik, membekalkan kuasa sebesar 210 kW (286 kuasa kuda atau hp) dan tork puncak 400 Nm, yang disalurkan kepada roda belakang.

Gandingan hebat ini membolehkan BMW i4 eDrive35 membuat pecutan abad dalam masa hanya enam saat, menjanjikan pengalaman pemanduan yang mengujakan.

BMW i4 eDrive35 ditawarkan dengan pilihan warna luaran Black Sapphire, Mineral White, Sanremo Green, Skyscraper Grey, dan Aventurine Red.

Selain lima warna tulen itu, BMW i4 eDrive35 M Sport juga disediakan dalam rona M Portimao Blue dan M Brooklyn Grey. Dari segi upholsteri interior bagi kedua-dua varian BMW i4 eDrive35, pelanggan mempunyai pilihan antara Sensatec Porfarated Black, Sensatec Perforated Cognac dan Sensatec Perforated Tacora Red.

Coelho

Related Posts

  • Auto
  • August 8, 2024
  • 260 views
Tesla Batal Bina Kilang Di Malaysia: Ini Reaksi MITI

KUALA LUMPUR: Laporan berita dari Thailand berhubung keputusan Tesla untuk tidak membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) di mana-mana negara Asean termasuk Malaysia mengejutkan banyak pihak. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan…

  • Auto
  • May 9, 2024
  • 71 views
Volkswagen rancang mahu jadikan Malaysia sebagai hab eksport

KUALA LUMPUR: Volkswagen Group Malaysia (VGM) rancang untuk jadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Zafrul…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Beberapa negara ASEAN turut minat sertai BRICS – Anwar

  • October 15, 2024
Beberapa negara ASEAN turut minat sertai BRICS – Anwar

Kerajaan salur sejumlah RM39.74 dalam bentuk geran untuk bayar balik pinjaman 1MDB – Laporan Audit

  • October 15, 2024
Kerajaan salur sejumlah RM39.74 dalam bentuk geran untuk bayar balik pinjaman 1MDB – Laporan Audit

Hutang kerajaan meningkat RM1.173 trilion pada 2023

  • October 15, 2024
Hutang kerajaan meningkat RM1.173 trilion pada 2023

Citi lantik Ng Hooi Wan sebagai Ketua Pasaran di Malaysia

  • October 15, 2024
Citi lantik Ng Hooi Wan sebagai Ketua Pasaran di Malaysia

Vizione disaman berhubung pelanggaran perjanjian perundingan

  • October 15, 2024
Vizione disaman berhubung pelanggaran perjanjian perundingan

Pelaburan RM17.9 bilion dari China diluluskan dalam sektor pembuatan – MITI

  • October 15, 2024
Pelaburan RM17.9 bilion dari China diluluskan dalam sektor pembuatan – MITI