Mahkamah benar pelakon Amelia Handerson tangguh mohon maaf, bayar ganti rugi RM200,000

  • News
  • August 2, 2023

KUALA LUMPUR: Pelakon Amelia Henderson dibenar menangguhkan permohonan maaf kepada penerbit filem dan drama A. Aida kerana melanggar kontrak penggambaran sebuah drama, tahun lepas.

Hakim Zulqarnain Hassan Mahkamah Sesyen di sini hari ini memutuskan demikian selepas menggunakan budi bicara untuk membenarkan Amelia, 28, untuk menggantung perintah permohonanan maaf kepada A.Aida menerusi syarikatnya A.Aida Production Sdn Bhd susulan rayuan kes itu.

“Mahkamah membenarkan permohonan penggantungan perintah yang menghendaki permohonan maaf secara terbuka dan yang menghendaki penghapusan video daripada akaun Instagram defendan pertama (Amelia),” kata hakim itu ketika menyampaikan keputusan secara dalam talian hari ini.

Berhubung perintah pembayaran ganti rugi, Zulqarnain turut membenarkan penangguhan bayaran melebihi RM200,000 itu.

Bagaimanapun, hakim itu berkata mahkamah memerintahkan agar wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bersama yang akan dikendalikan oleh kedua-dua firma guaman yang mewakili syarikat produksi itu dan Amelia.

Pada 7 April lepas, Mahkamah Sesyen memerintahkan Amelia membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada A. Aida menerusi syarikatnya kerana didapati melanggar kontrak penggambaran drama berjudul `Sekali Lagi Cinta Kembali’.

Pada 18 April lepas, Amelia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen dan rayuan itu akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 24 Okt ini.

Mahkamah turut membenarkan permohonan A. Aida untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Amelia daripada menerbitkan kenyataan fitnah sama terhadapnya selain pelakon itu perlu memohon maaf kepada plaintif di akaun Instagramnya @ameliath dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah dalam tempoh tujuh hari bermula 7 April lalu.

Pada prosiding hari ini, syarikat produksi itu diwakili peguam Ashmadi Othman manakala Amelia diwakili peguam Mansheel Kaur.

Pada 28 Julai 2022, A. Aida Production menyaman Amelia berhubung pelanggaran kontrak drama berkenaan apabila pelakon wanita itu menarik diri di saat akhir daripada penggambaran drama tersebut walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 18, 2025
  • 104 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

  • News
  • April 17, 2025
  • 85 views
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis