Pertemuan Malaysia-Brunei Bincang, Meterai Kerjasama Dua Hala

  • News
  • August 3, 2023

KUALA LUMPUR: Lawatan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ke negara ini sempena Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) ke-24 antara kedua-dua negara akan membincangkan beberapa kerjasama serta isu dua hala yang tertunggak.

Sultan Hassanal Bolkiah dijadual menghadiri ALC bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan peluang terbabit untuk membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Seterusnya, kedua-dua pemimpin akan menyaksikan pemeteraian beberapa instrumen dua hala di antara kedua-dua negara,” demikian kenyataan Wisma Putra.

Justeru, Wisma Putra berkata, lawatan terbabit akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan erat dan kerjasama yang wujud sekian lama antara kedua-dua negara, selain menjadi rakan kongsi di dalam ASEAN.

Brunei adalah rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia dan rakan dagang keenam terbesar di rantau ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM13.22 bilion (AS$2.98 bilion) pada tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 68.4 peratus berbanding 2021.

Keberangkatan baginda akan diiringi Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, menteri Kabinet serta pegawai kanan kerajaan.

“Sultan Hassanal Bolkiah akan diraikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu Majis Sambutan Negara di Istana Negara pada 3 Ogos 2021.

“Ini akan disusuli dengan kunjungan mengadap ke atas Yang di-Pertuan Agong dan satu majlis Santapan Negara bagi meraikan Sultan Brunei serta delegasi baginda,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • September 9, 2024
  • 10 views
Maszlee Jawab Isu 1BestariNet

KUALA LUMPUR: Dr Maszlee Malik mendedahkan isu berkaitan 1BestariNet menjadi antara faktor peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan pada Januari 2020. Menerusi pendedahannya di Facebook, Maszlee mendakwa dipanggil oleh Perdana Menteri…

  • News
  • September 6, 2024
  • 41 views
Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: “Wallahi, satu sen pun saya tak ambil.” – Demikian reaksi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas namanya dikaitkan dengan siasatan terhadap projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

99 Speed Mart Tidak Tolak Peluang Kembang Perniagaan Ke Asia Tenggara

  • September 9, 2024
99 Speed Mart Tidak Tolak Peluang Kembang Perniagaan Ke Asia Tenggara

90 Peratus Usahawan Gagal Capai Kewangan Stabil Dalam Perniagaan – Dr. Azizan

  • September 9, 2024
90 Peratus Usahawan Gagal Capai Kewangan Stabil Dalam Perniagaan – Dr. Azizan

Maszlee Jawab Isu 1BestariNet

  • September 9, 2024
Maszlee Jawab Isu 1BestariNet

Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

  • September 6, 2024
Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

  • September 5, 2024
OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM

  • September 5, 2024
Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM