Aset pelaburan KWSP bernilai RM1.08 trillion sehingga Jun 2023

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan aset pelaburan berjumlah RM1.08 trilion sehingga Jun 2023 dengan 38.6% daripadanya dilaburkan di luar negara.

KWSP dalam kenyataan memaklumkan, aset KWSP mencatatkan pertumbuhan kukuh di sebalik pendapatan lebih tinggi yang dijana daripada pelaburannya serta caruman bersih yang diterima.

Peningkatan dalam pendedahan luar negara sebahagian besarnya disebabkan oleh pergerakan pasaran global dan pertukaran mata wang asing yang lebih menggalakkan.

Tidak termasuk pergerakan kadar pertukaran asing, pelaburan luar negara KWSP yang dicatatkan akan berada pada sekitar 37.5%.

Pelaburan luar negara KWSP menjana RM11.07 bilion atau 61% daripada jumlah pendapatan pelaburan yang direkodkan.

Sementara itu, pelaburan domestik KWSP, yang merangkumi 61.4% daripada jumlah aset, telah meningkat sebanyak RM57 bilion berbanding setahun lalu.

KWSP kekal komited untuk menyokong dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, dengan terus memperuntukkan lebih 80% daripada peruntukan tahunan pelaburan baharunya kepada pasaran domestik.

Pada suku kedua 2023, sebanyak RM16.27 bilion daripada RM18.03 bilion pendapatan pelaburan kasar dijana untuk Simpanan Konvensional, manakala RM1.76 bilion Simpanan Syariah.

Simpanan Syariah memperoleh pendapatannya daripada bahagian portfolio Syariah manakala pendapatan Simpanan Konvensional dijana oleh kedua-dua portfolio Syariah dan konvensional.

Pada separuh pertama 2023, jumlah keahlian KWSP terus meningkat kepada 15.9 juta, dengan ahli aktif pada paras tertinggi sebanyak 8.47 juta, yang kini mewakili 50.2% daripada 16.86 juta tenaga kerja Malaysia.

Pendaftaran majikan baharu juga menunjukkan pertumbuhan kukuh sebanyak 43,084 dalam tempoh itu, menjadikan jumlah majikan yang berdaftar dengan KWSP kepada 598,871.

Pertambahan ahli aktif dan majikan menjadikan jumlah caruman diterima meningkat sebanyak RM50.48 bilion pada separuh pertama 2023, naik 16.8% berbanding RM43.23 bilion pada separuh pertama 2022.

Pemulihan pasaran pekerjaan di Malaysia dan usaha berterusan KWSP untuk menggalakkan ahli mencarum secara sukarela telah membantu KWSP merekodkan nisbah ahli aktif kepada tidak aktif yang lebih baik, naik daripada 52%:48% pada suku kedua 2022 kepada 53%:47% pada suku kedua 2023.

Pada separuh pertama 2023, KWSP mencatatkan pertumbuhan 36% dalam jumlah pencarum sukarela kepada 535,307 berbanding 393,966 pada separuh pertama 2022, Berita Harian melaporkan.

Sementara itu, bilangan ahli sektor formal yang memilih untuk menyumbang lebih daripada kadar berkanun ialah 31,128 pada separuh pertama 2023, berbanding 9,765 pada separuh pertama 2022.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis