Polis akan panggil Sanusi berhubung pamer kerta undi

Polis akan memanggil Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (gambar) untuk direkodkan keterangannya kerana mempamerkan kertas undinya kepada petugas media selepas membuang undi pada hari pengundian bagi pilihan raya negeri Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan kes itu akan dijalankan dari pelbagai aspek termasuk sama ada kesalahan pilihan raya dilakukan.

“Kami akan menyerahkan keputusan sama ada meneruskan pertuduhan atau tidak kepada AGC (Jabatan Peguam Negara),” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis penyerahan tugas jawatan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di sini hari ini.

Menurut Razarudin, kes akan disiasat mengikut Seksyen 5(1) dan Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Pada 12 Ogos, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata beliau tidak berniat untuk menunjukkan kertas undi bertandanya kepada media sebelum memasukkannya ke dalam peti undi pada pilihan raya negeri.

Sebaliknya, dia mendakwa kertas undi itu terbongkar secara tidak sengaja ketika sedang melayan permintaan media supaya dia bergambar.

Coelho

Related Posts

Public Bank jalin kerjasama dengan Jati Tinggi pasang panel solar RM14.88 juta

KUALA LUMPUR: Public Bank dan Jati Tinggi Group Berhad (Jati Tinggi) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memasang sistem panel solar fotovoltaik (PV) bernilai RM14.88 juta. Menerusi memorandum itu, Jati Tinggi,…

Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura Fabrication Sdn Bhd memperoleh kontrak penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan luar pesisir Pan Malaysia, daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Dalam kenyataannya semalam,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit