Polis akan memanggil Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (gambar) untuk direkodkan keterangannya kerana mempamerkan kertas undinya kepada petugas media selepas membuang undi pada hari pengundian bagi pilihan raya negeri Sabtu lepas. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan kes itu akan dijalankan dari pelbagai aspek termasuk sama ada kesalahan […]