Bekas CEO anak syarikat milik kerajaan negeri didakwa salah guna kuasa lantik anak jadi Pegawai Kewangan

  • Kes
  • September 27, 2023

MELAKA: Bekas ketua pegawai eksekutif sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Melaka didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan jawatannya dengan melantik anaknya sebagai pegawai kewangan syarikat itu.

Amir Ali, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Tertuduh didakwa telah menggunakan jawatannya untuk melantik anak perempuannya, Nur Hafizah, memegang jawatan Pegawai Kewangan W41 di syarikat Melaka Halal Hub Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di syarikat berkenaan di Bangunan Anchor, Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub, Serkam di Jasin pada 1 April 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan jika dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Azriff Firdaus Mohamad Ali mencadangkan jaminan antara RM7,000 hingga RM15,000 dan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melapor diri ke pejabat SPRM Melaka sebulan sekali sehingga kes selesai dan pasport diserah kepada mahkamah.

Peguam Azrul Zulkifli Stork pula memohon agar jaminan dikurangkan kepada RM3,000 memandangkan anak guamnya mempunyai 10 orang tanggungan dan telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM.

Hakim Elesabet Paya Wan membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dan membenarkan syarat tambahan.

Sebutan semula kes pada 2 November depan.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • June 23, 2026
Pekerja penyelenggaraan maut ketika cuci kolam air di Kuala Selangor, SPAN siasat punca kejadian

KUALA SELANGOR, 23 Jun 2026 — Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden kemalangan maut yang meragut nyawa seorang pekerja penyelenggaraan semasa kerja-kerja pencucian kolam perkhidmatan…

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

  • September 30, 2026
Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028