Ducati lancar tiga model progresif

  • Auto
  • September 29, 2023

PETALING JAYA: Ducati Malaysia melancarkan tiga model luar biasa yang dinanti-nantikan iaitu Diavel V4, Panigale V4 SP2 dan Streetfighter V4 dipertingkatkan mewakili kemuncak kehebatan kejuruteraan jenama terkemuka Itali.

Bermula dengan Diavel V4, model yang ditawarkan pada harga bermula RM178,900 (Ducati Red) dan dari RM181,900 (Thrilling Black) ini tampil dengan gaya ‘berotot’, sporty dan elegan.

Menggunakan enjin 1,158cc V4 Granturismo, ia mampu menghasilkan 168 bhp.

Ia lengkap dengan tangki bahan api 20 liter, lampu nyalaan siang (DRL) LED yang unik dan reka bentuk lampu belakang Matriks LED.

Menampilkan rangka aluminium monocoque dan enjin baharu, Diavel V4 kini 13 kilogram (kg) lebih ringan daripada Diavel 1260 S untuk ketangkasan yang luar biasa.

Ia dipacu dengan empat Mod Tunggangan, Mod Kuasa, ABS membelok, Kawalan Traksi Ducati, Kawalan Wheelie Ducati dan Ducati Quick Shift.

Untuk Panigale V4 SP2 pula, jentera bernilai RM299,900 ke atas ini hadir dengan enjin 1,103cc Desmosedici Stradale V4 yang daripada MotoGP, menghasilkan 215.5 hp yang mendebarkan pada 13,000 rpm.

Ia tampil dengan fork Öhlins NPX25/30 yang dikawal secara elektronik dan shock TTX36 dengan Öhlins Smart EC 2.0 untuk pengendalian dan kestabilan yang luar biasa.

Bagi Streetfighter V4, model dengan konsep ‘Fight Formula’ ini adalah Panigale V4 tanpa fairing, handle tinggi dan lebar dan berat basah 201.5 kg.

Jentera perkasa yang ditawarkan pada harga bermula RM141,900 ini, menggunakan enjin Desmosedici Stradale 208 hp, sayap biplane dan pakej elektronik generasi terkini.

Ia lengkap dengan empat mod enjin iaitu Full, High, Medium, Low dengan setiap mod ditentukur dengan teliti supaya sepadan dengan karakter enjin.

Coelho

Related Posts

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

  • Auto
  • October 24, 2024
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah