Proton catat jualan cecah 116,832 unit tahun ini

  • Auto
  • October 6, 2023

KUALA LUMPUR: Jenama kereta nasional, Proton terus mencatatkan prestasi jualan baik dengan 12,230 unit (domestik + eksport) telah diserah kepada pelanggan untuk bulan September.

Angka pada bulan September itu menyumbang kepada jualan tahun sehingga kini (YTD) untuk tahun 2023 di mana jumlah terbaharunya mencecah 116,832 unit, peningkatan sebanyak 14.1 peratus berbanding tahun 2022.

Bagaimanapun, jualan pada bulan September merosot sebanyak 1,725 unit berbanding bulan Ogos, manakala jumlah volum industri (TIV) turut menyusut ke bawah ambang 70,000 unit.

Pertumbuhan jualan Proton bagaimanapun masih kekal mendahului jumlah pertumbuhan industri sebanyak lebih 3.7 peratus, manakala pegangan pasaran juga kekal mendahului angka tahun 2022 dan kini berada pada 20.5 peratus atau 0.7 peratus lebih daripada tahun sebelumnya.

Menjelang pengakhiran tahun 2023 yang bakal tiba kurang dari 3 bulan lagi, empat model Proton terus menerajui jualan dalam segmen masing-masing.

Proton Persona mengakhiri bulan September sebagai sedan segmen B kedua paling laris dengan 2,053 unit terjual, dan kekal sebagai peneraju pasaran YTD dengan jumlah jualan sebanyak 18,614 unit, 72.6 peratus berbanding 2022.

Model terbaharu Proton dan hibrid pertamanya, X90 juga kekal menerajui dalam SUV segmen D dengan 491 unit terjual pada bulan September, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,435 unit.

Sebuah lagi model SUV nya, X90 terus menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia dengan menerajui SUV segmen B dengan 2,210 unit terjual, manakala model Proton yang bakal bersara, Exora juga kekal paling popular dalam segmen MPV dengan 367 unit terjual pada bulan September.

Untuk Proton Saga, ia kekal menjadi menjadi model paling laris dengan 5,648 unit terjual pada bulan September, dan mengekalkan kedudukannya sebagai sedan segmen A kedua paling laris.

Akhirnya, Proton X70 kembali ke tempat kedua keseluruhan dalam SUV segmen C dengan jumlah jualan sebanyak 779 unit untuk bulan September dan 8,778 unit secara keseluruhan.

Goncalves

Related Posts

  • Auto
  • August 8, 2024
  • 70 views
Tesla Batal Bina Kilang Di Malaysia: Ini Reaksi MITI

KUALA LUMPUR: Laporan berita dari Thailand berhubung keputusan Tesla untuk tidak membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) di mana-mana negara Asean termasuk Malaysia mengejutkan banyak pihak. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan…

  • Auto
  • May 9, 2024
  • 20 views
Volkswagen rancang mahu jadikan Malaysia sebagai hab eksport

KUALA LUMPUR: Volkswagen Group Malaysia (VGM) rancang untuk jadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Zafrul…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

99 Speed Mart Tidak Tolak Peluang Kembang Perniagaan Ke Asia Tenggara

  • September 9, 2024
99 Speed Mart Tidak Tolak Peluang Kembang Perniagaan Ke Asia Tenggara

90 Peratus Usahawan Gagal Capai Kewangan Stabil Dalam Perniagaan – Dr. Azizan

  • September 9, 2024
90 Peratus Usahawan Gagal Capai Kewangan Stabil Dalam Perniagaan – Dr. Azizan

Maszlee Jawab Isu 1BestariNet

  • September 9, 2024
Maszlee Jawab Isu 1BestariNet

Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

  • September 6, 2024
Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

  • September 5, 2024
OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM

  • September 5, 2024
Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM