‘Yang buat perangai buruk sorok beras, kamu jaga, kami cari’ – PM

  • News
  • October 3, 2023

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak yang didapati menyorok bekalan beras putih tempatan (BPT).

Anwar berkata mereka yang didapati menhaut keuntungan dengan menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.

“Memang beras ini dikeluhkan rakyat, harga beras di Indonesia pun Presiden Jokowi beritahu sudah dinaikkan kerana 18 negara yang selalu membekalkan beras ini telah halang, henti atau kurangkan eksport beras mereka, jadi di sini ada isu permintaan dan penawaran.

“Kemudian ada pula pihak yang sorok, simpan beras ini, kalau ada yang berani buat perangai buruk ini di saat orang susah nak dapatkan bekalan beras, kamu jaga, kami akan cari dan saman dan bawa kamu ke mahkamah,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI di Dataran Simpang Pelangai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN bagi PRK DUN Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan sentiasa mencuba untuk menyelesaikan isu beras namun pada masa sama mengakui ia memerlukan sedikit masa.

“Kita cuba, tapi apakah boleh selesai 100 peratus? Tidak, beras ini isu, masalah berat, jadi saya kata beri seminggu tengok keadaan dia, kalau tak selesai lagi, kita bincang semula sebelum pembentangan Bajet 2024 pada 13 Oktober ini.

Sebab itu kita usaha, untuk beras kita tambah subsidi itu sejumlah hampir RM400 juta untuk beberapa bulan ini sahaja, (isu beras) bukan Semenanjung sahaja termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 9, 2025
  • 66 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

  • News
  • April 8, 2025
  • 59 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH