2,200 penguatkuasa KPDN pantau bekalan makanan setiap hari – Fuziah

  • News
  • October 9, 2023

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, seramai 2,200 penguatkuasa KPDN turun bagi memantau bekalan makanan dalam negara setiap hari.

Menurutnya, seramai 900 pegawai pemantau harga juga ditempatkan di seluruh negara bagi memantau harga barangan asas.

“Kita ada 2,200 penguatkuasa dan mereka turun setiap hari untuk memantau berkenaan dengan bekalan.

“Pada masa sama kita juga ada 900 pegawai pemantau harga, yang turun memeriksa harga di peremis selueurh negara, setiap hari.

“Pada masa sama, penguatkuasa kita ada jadual tetapi ada yang mereka terjah.

“Ada juga mereka berpakaian orang biasa untuk menyiasat di kedai-kedai, bukan sentiasa jadual berkala yang tetap.

“Mereka juga ada terjah dan juga mereka ada memakai pakaian biasa sebagai pembeli biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap soalan dibangkitkan Datuk Seri Doris Sophia Anak Brodi (GPS – Sri Aman) berkaitan penguatkuasaan dilaksanakan kementerian bagi memantau bekalan dan harga barang dalam pasaran.

Coelho

Related Posts

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

  • News
  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

  • July 18, 2025
Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

  • July 18, 2025
Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

  • July 18, 2025
MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi