Bezza model kereta PERODUA paling laris tahun ini

  • Auto
  • October 30, 2023

KUALA LUMPUR: Jualan automotif oleh UMW Group mencecah 38,223 unit pada September 2023, mencatatkan kenaikan sebanyak 13 peratus daripada setahun lalu apabila UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) dan syarikat sekutu UMW, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), terus merekodkan tempahan memberangsangkan.

Menurut UMW, bagi tempoh sembilan bulan, jualan automotif kumpulan meningkat 16 peratus kepada 309,738 unit daripada 267,226 unit yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“UMWT merekodkan 9,228 unit pada September 2023, hampir kepada 9,233 unit yang diserahkan pada September 2022.

“Bagi tahun ini setakat September, UMWT mencatatkan 76,511 unit, mencatatkan pertumbuhan lapan peratus berbanding dengan 70,872 unit yang direkodkan pada tempoh yang sama 2022.

“Oleh itu, UMWT mencatatkan bahagian pasaran sebanyak 13.4 peratus bagi 2023 setakat ini,” jelasnya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengenai prestasi PERODUA pula, UMW memaklumkan jualan meningkat 18 peratus kepada 28,995 unit pada September 2023 berbanding 24,626 unit yang diserahkan pada September 2022.

Ini memandangkan PERODUA terus meningkatkan pengeluarannya dengan disokong oleh rantaian bekalan yang bertambah baik, tambahnya.

Bagi setakat September tahun ini , jualan PERODUA melonjak kepada 233,227 unit, 19 peratus lebih tinggi daripada 196,354 unit yang diserahkan dalam tempoh yang sama 2022, sekali gus menjadi 40.8 peratus bahagian pasaran bagi tempoh 2023, jelasnya.

Model terlaris PERODUA ialah Bezza, diikuti oleh Axia dan Myvi untuk sembilan bulan pertama 2023.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Bhd, Datuk Seri Ahmad Fuaad Kenali, berkata pihaknya yakin UMWT dan PERODUA akan mencapai sasaran jualan 2023 berdasarkan tempahan yang memberangsangkan.

Jualan bagi suku terakhir dijangka disokong oleh promosi akhir tahun yang menarik,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • Auto
  • August 8, 2024
  • 285 views
Tesla Batal Bina Kilang Di Malaysia: Ini Reaksi MITI

KUALA LUMPUR: Laporan berita dari Thailand berhubung keputusan Tesla untuk tidak membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) di mana-mana negara Asean termasuk Malaysia mengejutkan banyak pihak. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan…

  • Auto
  • May 9, 2024
  • 79 views
Volkswagen rancang mahu jadikan Malaysia sebagai hab eksport

KUALA LUMPUR: Volkswagen Group Malaysia (VGM) rancang untuk jadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Zafrul…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

  • October 22, 2024
Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

  • October 22, 2024
MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

  • October 21, 2024
HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

  • October 21, 2024
Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

  • October 18, 2024
Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025

  • October 18, 2024
Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025