MINI Clubman Final Edition masuk pasaran Malaysia terhad kepada 20 unit

  • Auto
  • November 1, 2023

KUALA LUMPUR: MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia memperkenalkan MINI Clubman Final Edition untuk pasaran tempatan terhad kepada hanya 20 unit di Malaysia.

Harga runcit berserta cukai jualan dan perkhidmatan (SST) atas jalan, tanpa insurans MINI Clubman Final Edition ialah RM318,888.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, berkata selama dekad demi dekad, MINI Clubman terus menjadi simbol kepada seni reka kereta yang bersifat abadi dan juga prestasi pemanduan yang mengagumkan.

“Kami berasa amat teruja untuk merungkaikan MINI Clubman Final Edition di Malaysia, kerana ia membolehkan kita untuk bukan sahaja memberi penghormatan kepada legasi dan sejarah MINI Clubman yang begitu kaya, malah juga kepada komuniti peminat MINI yang kian berkembang dan terus menjadi tunjang kepada kejayaan jenama ini.

“Satu penghormatan yang layak diberikan, kini hadir untuk alaf yang baharu, MINI Clubman Final Edition adalah simbol individualiti yang versatil,” katanya dalam satu kenyataan.

MINI Clubman Final Edition didatangkan dengan reka bentuk yang kemas lagi praktikal, meraikan tahun jentera Clubman dibina buat pertama kali pada 1969, dengan bahan-bahan yang diperhalus di samping pelbagai dekorasi serba eksklusif dalam bentuk Shimmer Copper.

Dengan hanya 1,969 unit disediakan di seluruh dunia, MINI Clubman Final Edition menyingkap tahun jentera legenda MINI Clubman dilahirkan, menyulam unsur tradisi jenama ini dengan elemen-elemen rekaan eksklusif serta ciri pemanduan yang kukuh.

Ruang dalaman kereta ini yang luas serta pintu but terbahagi yang unik menggandingkan ciri-ciri kefungsian dengan teknologi automotif yang canggih bagi menaik taraf prestasi kenderaan itu, justeru merealisasikan pengalaman pemanduan alaf baharu sambil terus berpegang kepada tarikan yang mendefinisikan jentera Clubman klasik.

Bampar dan gril hadapan serba baharu dipadankan dengan trim Shimmer Copper yang menawan, menonjolkan iras gah sebuah jentera MINI.

Menonjolkan elemen warisan sukan perlumbaan jenama ini, MINI Clubman Final Edition memperlihatkan ketutup sisi yang eksklusif, berglos tinggi pada dapra hadapan, selain turut mempamerkan tandatangan ‘Final Edition’.

Elemen itu, bersama dengan MINI Cooper S blade di bahagian gril yang turut dihiasi dengan Shimmer Copper menambah sentuhan individualiti yang istimewa untuk edisi berkenaan.

MINI Clubman Final Edition turut mencuri perhatian dengan elemen-elemen Piano Black yang menghiasi kereta itu dari hadapan hingga ke belakang, memberikan sentuhan yang tampak lebih karismatik pada lampu hadapan, pemegang pintu dan juga bibir ekzos.

Bukan itu sahaja, MINI Clubman Final Edition juga mengenakan set roda aloi ringan 18 inci dalam bentuk ruji Final Edition dengan corak grafik dua tona dan rona Shimmer Copper, menjadikannya lebih menarik untuk dilihat.

Memperkayakan aspek individualiti MINI Clubman Final Edition, setiap kenderaan akan memaparkan lencana ‘1 of 1969’ pada tiang C serta ‘Final Edition’ di belakang yang menyerlahkan lagi nilai eksklusifnya.

  • Coelho

    Related Posts

    • Auto
    • May 28, 2025
    • 101 views
    Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

    TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

    • Auto
    • October 24, 2024
    • 505 views
    Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

    KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025