Toyota catat keuntungan besar kerana permintaan tinggi model hibrid

  • Auto
  • November 2, 2023

KUALA LUMPUR: Toyota dalam satu kenyataan Rabu lalu mendedahkan keuntungan suku tahunannya melonjak dua kali ganda berbanding tahun lalu disebabkan oleh pemintaan tinggi terhadap model-model hibrid.

Ini kerana terdapat peningkatan trend terutama di Amerika Syarikat di mana pengguna beralih daripada kenderaan elektrik (EV) kepada kenderaan hibrid disebabkan oleh kos pembiayaan EV yang agak tinggi, serta masalah ketersediaan infrastruktur pengecasan.

Angka jualan kenderaan hibrid konvensional Toyota meningkat 41 peratus kepada 888,000 unit, sementara julan kenderaan plug-in hybrid (PHEV) pula naik hampir 90 peratus kepada 39,000 unit.

Secara keseluruhan, kenderaan berelektrik Toyota kini menguasai 36.4 peratus daripada jumlah jualan global, berbanding 27.3 peratus untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Sementara itu menurut laporan Reuters, biarpun Toyota beraksi cemerlang di kebanyakan rantau termasuklah Asia, Jepun dan Amerika Syarikat, selain mencatatkan keuntungan operasi sebanyak ¥1.44 trillion (peningkatan 155.6 peratus), gergasi automotif itu masih tidak dapat lari daripada berdepan masalah di China.

Peningkatan pemilikan dan penawaran kenderaan elektrik oleh syarikat automotif domestik bukan sahaja memberikan kesan kepada Toyota, malah ia juga turut menjejaskan pesaingnya seperti Nissan, Honda dan juga Mitsubishi.

Toyota juga kini berdepan dengan cabaran besar di pasaran Asia Tenggara, terutama di Thailand disebabkan oleh peningkatan pelaburan oleh syarikat-syarikat automotif China, kebanyakannya mahu menumpukan perhatian kepada permintaan terhadap EV yang semakin meningkat.

Goncalves

Related Posts

  • Auto
  • October 24, 2024
  • 228 views
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

  • Auto
  • August 8, 2024
  • 555 views
Tesla Batal Bina Kilang Di Malaysia: Ini Reaksi MITI

KUALA LUMPUR: Laporan berita dari Thailand berhubung keputusan Tesla untuk tidak membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) di mana-mana negara Asean termasuk Malaysia mengejutkan banyak pihak. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Petros laksana fungsi sebagai agregator gas tunggal di Sarawak

  • January 16, 2025
Petros laksana fungsi sebagai agregator gas tunggal di Sarawak

YTL Bangunkan Bandar Baharu Brabazon Di Bristol, Bandar Paling Lestari

  • January 16, 2025
YTL Bangunkan Bandar Baharu Brabazon Di Bristol, Bandar Paling Lestari

‘Rty Bank’ Bank Digital Pertama Di Malaysia Guna Kecerdasan AI Mula Beroperasi Secara Rasmi Disember Lalu

  • January 14, 2025
‘Rty Bank’ Bank Digital Pertama Di Malaysia Guna Kecerdasan AI Mula Beroperasi Secara Rasmi Disember Lalu

Saham Yinson digantung sementara tunggu penguman penting

  • January 14, 2025
Saham Yinson digantung sementara tunggu penguman penting

Pihak berkuasa pelaburan Abu Dhabi mahu tingkat pelaburan di Malaysia

  • January 14, 2025
Pihak berkuasa pelaburan Abu Dhabi mahu tingkat pelaburan di Malaysia

Anak Zahid dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UPM

  • January 13, 2025
Anak Zahid dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UPM