Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kerana pasaran terus memantau sama ada Rizab Persekutuan (Fed) akan mengubah keputusan susulan laporan pasaran pekerjaan terkini minggu lepas, kata seorang penganalisis.

Pada 9.08 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6640/6690 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Selasa 4.6675/6725.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pasaran nampaknya menilai semula keadaan ekonomi selepas pengumuman data gaji bukan ladang (NFP) minggu lalu.

“Pelabur menilai pendirian pegawai Fed, Neel Kashkari yang cenderung kepada menaikkan kadar faedah dengan menyatakan negara telah membuktikan daya tahannya walaupun terdapat peningkatan mendadak dalam kadar faedah. Menurutnya, masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kadar inflasi yang lebih rendah,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah, gandingan Indeks Dolar AS (DXY) terus disokong dengan baik pada 105.542 mata walaupun hasil Perbendaharaan 10 tahun AS susut sembilan mata asas untuk ditutup pada 4.58 peratus.

Justeru, Mohd Afzanizam mengunjurkan kadar pertukaran dolar AS-ringgit akan kekal stabil di sekitar paras semasa.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi tidak berubah berbanding euro pada 4.9863/9916.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.0986/1021 daripada 3.1026/1061 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7307/7368 daripada 5.7415/7476 semalam.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit bergerak bercampur-campur.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4426/4465 daripada 3.4444/4483 pada Selasa dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 298.2/298.7 daripada 298.4/298.9 sebelumnya.

Namun begitu, nilai ringgit susut berbanding baht Thai kepada 13.1391/1595 daripada 13.1154/1346 semalam dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.31/8.33. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Citaglobal Dedah Kedudukan Pinjaman Subsidiari, Tunggakan Cecah RM18.5 Juta

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Citaglobal Berhad mendedahkan bahawa anak syarikatnya, Citaglobal Capital Sdn Bhd, merekodkan pinjaman tertunggak berjumlah RM18.5 juta bagi suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2025.…

KWAP muncul pemegang saham utama Orkim, kukuhkan dominasi pelabur institusi pasca IPO

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Orkim Berhad terus mencuri perhatian pasaran apabila Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) muncul sebagai pemegang saham utama syarikat perkapalan itu susulan penyertaannya dalam penawaran awam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sunway cadang ambil alih IJM dalam urus niaga lebih RM11 bilion

  • January 13, 2026
Sunway cadang ambil alih IJM dalam urus niaga lebih RM11 bilion

Bursa Malaysia Tegur Keras Reneuco, Lima Pengarah Dikenakan Tindakan Susulan Kelewatan Laporan Tahunan

  • January 10, 2026
Bursa Malaysia Tegur Keras Reneuco, Lima Pengarah Dikenakan Tindakan Susulan Kelewatan Laporan Tahunan

Prospek Ringgit Cerah, Penganalisis Jangka Pengukuhan Berterusan Hingga Pertengahan 2026

  • January 9, 2026
Prospek Ringgit Cerah, Penganalisis Jangka Pengukuhan Berterusan Hingga Pertengahan 2026

Citaglobal Dedah Kedudukan Pinjaman Subsidiari, Tunggakan Cecah RM18.5 Juta

  • January 9, 2026
Citaglobal Dedah Kedudukan Pinjaman Subsidiari, Tunggakan Cecah RM18.5 Juta

Ditentang Sebahagian Pemegang Saham, Lim Wee Chai Kekal Pengerusi Top Glove

  • January 9, 2026
Ditentang Sebahagian Pemegang Saham, Lim Wee Chai Kekal Pengerusi Top Glove

Rombakan Bukit Aman: Datuk Fazlisyam Ambil Alih Unit AMLA

  • January 7, 2026
Rombakan Bukit Aman: Datuk Fazlisyam Ambil Alih Unit AMLA