Niaga hadapan sawit diunjur RM4,200 satu tan pada Mac

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) diunjur berlegar antara RM3,600 dan RM3,900 setiap tan untuk tiga bulan akan datang dan mungkin meningkat kepada RM4,200 menjelang Mac 2024 berikutan situasi stok yang semakin ketat, khususnya di Malaysia.

Presiden Persatuan Pengeluar Minyak Sayur India (IVPA), Sudhakar Desai mengunjurkan pengeluaran minyak sawit Malaysia meningkat kepada 18.85 juta tan daripada 18.61 juta tan tahun lalu, menandakan peningkatan sebanyak 240,000 tan sementara pengeluaran Indonesia dijangka kekal stabil pada 49.26 juta tan.

“Walaupun Malaysia akan menyaksikan peningkatan stok kira-kira 2.7 juta tan, pasaran dijangka beralih kepada stok akhir yang lebih ketat menjelang April atau Mei 2024,” katanya di Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa 2023 (PIPOC 2023) anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Selain itu, Desai turut menyatakan terdapat lonjakan besar dalam import minyak sayuran India yang telah mencecah jumlah luar biasa sebanyak 16.9 juta tan sepanjang tahun 2022/2023.

“Peningkatan luar biasa ini selepas dua tahun kemerosotan adalah disebabkan oleh harga rendah yang menarik, bukan sahaja mencetuskan peningkatan stok yang besar tetapi turut merangsang lantunan signifikan dalam penggunaan.

“Pertumbuhan penggunaan biasa dijangka berterusan untuk tahun 2023/2024 iaitu kira-kira 2.8 peratus dengan jumlah penggunaan keseluruhan mencapai 25.20 juta tan,” katanya.

Desai menambah, import India dijangka kira-kira 16.20 juta untuk tahun 2023/2024 dan daripada jumlah ini, import minyak sawit diunjur mencecah sembilan juta tan, manakala import soft oil (minyak pada umumnya berbentuk cecair pada suhu bilik) adalah sekitar 7.12 juta tan. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras