Agoda umum destinasi pilihan pelancong solo menjelang Hari Bujang 11.11, Singapura pilihan popular pelancong solo Malaysia

KUALA LUMPUR: Platform pelancongan digital, Agoda, mengumumkan destinasi paling popular untuk pelancong solo menjelang Singles’ Day atau Hari Bujang pada 11.11.

Agoda dalam kenyataan berkata, destinasi paling popular untuk pelancong solo dari Malaysia ialah Singapura di tempat pertama, Bangkok, Thailand di tempat kedua, dan Hat Yai, Thailand tempat ke tiga.

Sekitar rantau Asia Pasifik, tiga destinasi yang muncul di kedudukan teratas adalah Tokyo, Jepun di tempat pertama, Bangkok, Thailand di tempat kedua, dan Seoul, Korea Selatan di tempat ketiga.

Menurut Agoda, Singapura, destinasi pelancongan solo yang unggul menjadi impian kepada mereka yang bercuti bersendirian buat pertama kali dengan adanya kemudahan akses, aspek keselamatan yang terjamin dan juga budaya yang tidak terlalu asing bagi warga Malaysia.

Bagi Bangkok, Thailand pula, terkenal sebagai salah satu destinasi paling mudah diakses di dunia untuk pengembara solo selain warga tempatannya yang mesra.

Begitu juga dengan Hat Yai yang mendapat kunjungan warga Malaysia yang berterusan sepanjang tahun disebabkan kedudukannya yang berdekatan dengan Malaysia, kemudahan sambungan kereta api ETS yang mesra bajet dan pelbagai pilihan tawaran makanan halal.

Hatyai turut terkenal dengan layanan Thai yang mesra, makanan tempatan yang lazat, kawasan hijau yang subur dan pelbagai pengalaman budaya yang unik.

“Bercuti secara solo boleh dikatakan salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada diri sendiri. Sama ada untuk meneroka budaya baharu, menjalin hubungan dengan kawan baharu dan menikmati kebebasan diri sendiri.

“Mereka yang berani memulakan pengembaraan bersendirian pastinya akan menerima ganjaran yang berupa kenangan yang paling istimewa dalam hidup mereka.” katanya.

Hari Bujang, atau 11.11, berlangsung setiap tahun pada hari ke-sebelas bulan November.

Perayaan tidak rasmi ini bermula di negara China dan merupakan jawapan kepada Hari Memperingati Kekasih (Hari Valentine), untuk meraikan mereka yang masih bujang atau tidak berada dalam hubungan romantis.

Kini, populariti Hari Bujang telah meningkat di seluruh dunia, dan hari tersebut kini diiktiraf sebagai salah satu hari membeli-belah dalam talian yang paling berkesan dengan penawaran diskaun yang istimewa di pelbagai platform dalam talian, termasuk Agoda.

Orang ramai boleh menikmati promosi 11.11 yang boleh didapati dalam aplikasi Agoda, atau di Agoda.com/deals.

Beribu pejabat di Singapura, Agoda adalah sebahagian daripada Booking Holdings (NasDaq: BKNG), Agoda membantu sesiapa sahaja melancong ke mana-mana dengan tawaran terbaik di 3.9 juta hotel dan tempat percutian di seluruh dunia, serta penerbangan, pengangkutan lapangan terbang dan banyak lagi.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras