UMW catat jualan 44,767 unit kereta pada Oktober 2023

  • Auto
  • November 20, 2023

KUALA LUMPUR: Momentum jualan automotif kukuh Kumpulan UMW berterusan apabila sejumlah 44,767 unit kenderaan terjual pada Oktober dipacu pemenuhan tempahan tertunggak UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu UMW, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).

Mengikut pecahan, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 10,931 unit pada Oktober 2023, prestasi bulanan yang tertinggi bagi tempoh lima tahun lalu.

Ia juga adalah 18 peratus lebih tinggi berbanding 9,281 unit yang didaftarkan pada Oktober 2022.

Bagi PERODUA pula, pengeluar kereta kompak nasional itu mencatatkan jualan sebanyak 33,836 unit pada Oktober yang juga jualan bulanan tertinggi, disokong langkah meningkatkan pengeluaran serta rantaian bekalan yang bertambah baik.

Jualan Oktober juga adalah 31 peratus lebih tinggi berbanding dengan 25,849 unit yang direkodkan pada Oktober 2022.

Sementara itu, bagi tempoh 10 bulan tahun ini, jualan automotif Kumpulan UMW meningkat sebanyak 17 peratus kepada 354,505 unit daripada 302,356 unit yang didaftarkan pada tempoh yang sama 2022.

Untuk tempoh Januari hingga Oktober 2023, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 87,442 unit, pertumbuhan sebanyak 9.0 peratus berbanding 80,153 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama 2022.

Bagi meningkatkan lagi barisan modelnya, UMWT melancarkan Toyota Vellfire dan Toyota Alphard serba baharu pada 23 Oktober 2023, yang berharga bermula dari RM438,000 dan RM538,000.

Model terbabit membuktikan teknologi kini semakin maju, dengan menawarkan kualiti pengangkutan yang cekap dan mewah untuk individu yang menghargai kecanggihan teknologi disamping reka bentuk yang diperhalusi.

Sehingga bulan Oktober 2023, jualan PERODUA melonjak kepada 267,063 unit, 20 peratus lebih tinggi daripada 222,203 unit yang direkodkan dalam tempoh yang sama 2022.

Bagi tempoh dikaji, model terlaris bagi PERODYA ialah Bezza, diikuti oleh Axia dan Myvi.

Pegawai yang bertanggungjawab bagi syarikat UMW Holdings Bhd, Megat Shahrul Azmir, berkata setakat ini, UMWT dan PERODUA terus mencatatkan jualan yang lebih tinggi berbanding dengan tempoh yang sama pada 2022.

“Kami yakin kedua-dua syarikat akan mencapai sasaran jualan mereka untuk tahun 2023 berdasarkan tempahan tertunggak serta permintaan yang berterusan untuk kenderaan baharu.

“Pengenalan model baharu dan kemas kini juga dijangka akan memacu momentum penjualan kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Goncalves

Related Posts

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

  • Auto
  • October 24, 2024
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

  • January 23, 2026
KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

  • January 20, 2026
Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

  • January 18, 2026
China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

  • January 18, 2026
PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

  • January 16, 2026
Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan