Gaji rendah punca Malaysia kekurangan pakar keselamatan siber

KUALA LUMPUR: Faktor gaji dan kurang pendedahan kepada kerjaya bidang keselamatan siber dilihat antara faktor Malaysia kekurangan pakar dalam bidang berkenaan.

Pakar Keselamatan Siber, Fong Choong Fook, berkata pakar bidang itu lebih gemar memilih untuk bekerja di Singapura kerana pulangan yang berganda.

Beliau berkata, bidang keselamatan siber adalah antara sektor yang menerima bayaran tertinggi dalam bidang teknologi maklumat (IT) di negara ini, namun jika dibandingkan dengan Singapura, pendapatan di negara itu lebih lumayan disebabkan perbezaan kadar tukaran mata wang.

“Ini kerana pendapatan kasar pekerja siber tempatan negara sekitar RM3,200 manakala di Singapura S$3,000 (RM10,500) dan ini menjadi faktor negara kita kekurangan pakar keselamatan siber,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Justeru, Choong Fook yang juga Pengerusi Eksekutif LGMS Bhd, sebuah syarikat perunding keselamatan siber, berkata kerajaan perlu memberi insentif atau pengurangan cukai bagi menggalakkan lebih ramai bakat dalam keselamatan siber bekerja di Malaysia.

“Kalau kerajaan hendak capai katakan 25,000 bakat, Malaysia mesti bantu industri tempatan dahulu. Caranya dengan membuat polisi yang boleh menyokong industri ini seperti memberi insentif dan pengurangan cukai, jadi syarikat mampu bayar tenaga kerja dengan gaji lumayan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pengkomputeran di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Suhaidi Hassan, berkata kurangnya kesedaran dan pendedahan mengenai keselamatan siber menyumbang kepada kekurangan pakar bidang itu.

Beliau berkata, ketika pandemik COVID-19, berlaku peningkatan pencerobohan maklumat susulan pembangunan pesat teknologi selain peningkatan kebergantungan masyarakat terhadap Internet.

“Awalnya kita tidak sedar benda ini penting tetapi selepas COVID-19, kita mengalami masalah keselamatan siber, saya melihat perlu Malaysia ada lebih ramai pakar dalam bidang ini,” katanya.

Suhaidi berkata, UUM bekerjasama dengan CyberSecurity Malaysia dalam menawarkan program khusus pada peringkat sarjana muda dan peringkat sarjana ke arah mempertingkatkan lagi kualiti keselamatan siber dalam negara.

“Penambahbaikan dari segi kokurikulum akan sentiasa dilakukan, juga dari segi capaian kemudahan. Kita akan besarkan lagi pengambilan selari dengan keperluan untuk menambah pakar dalam bidang keselamatan siber ini,” katanya.

Beliau berkata, selain menambah bilangan sumber manusia, kualiti, pengetahuan, kepakaran dalam bidang itu juga perlu sentiasa dikemas kini seiring perkembangan global supaya setiap serangan keselamatan siber boleh dikendalikan dengan baik.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI), Suhaidi berkata Malaysia perlu memperkasakan penyelidik tempatan supaya dapat terkedepan dalam penggunaan teknologi itu.

“Bukan itu sahaja, kita juga perlu memperkasakan agensi teknikal siber negara iaitu CyberSecurity Malaysia,” katanya dan menambah rang undang-undang berhubung keselamatan siber perlu diluluskan segera oleh Parlimen.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 25,000 tenaga kerja dalam bidang keselamatan siber pada 2025, namun dianggarkan hanya terdapat 13,000 pakar bidang itu di pasaran. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

OPR dijangka kekal pada 3.0 peratus sepanjang 2025

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit di bawah Fitch Solutions Group Ltd, menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus…

Deleum peroleh kontrak perkhidmatan penyelenggaraan telaga daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR: Deleum Bhd menerusi Deleum Oilfield Services Sdn Bhd menerima kontrak menyediakan perkhidmatan dan peralatan penyelenggaraan telaga (slickline) untuk Pakej A1 selama lima tahun daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

  • March 19, 2025
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

  • March 19, 2025
Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan