SK Nexilis dapat pinjaman bina kilang RM2.3 bilion di Sabah

KUALA LUMPUR: SK Nexilis Co Ltd (SK Nexilis), pengeluar kerajang tembaga terbesar di dunia melaksanakan kemudahan pinjaman bertempoh bersindiket hijau (pinjaman hijau) sulung bagi anak syarikatnya di Malaysia, SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd.

Pinjaman itu adalah untuk membiayai kos pembinaan kemudahan pembuatan kerajang tembaga luar negara yang pertamanya di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Sabah.

Kemudahan pembuatan bernilai RM2.3 bilion ini mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan 50,000 tan, yang akan menggandakan kapasiti pengeluaran global SK Nexilis.

Kerajang tembaga yang dihasilkan akan digunakan secara eksklusif dalam bateri kenderaan elektrik, membolehkan penyelesaian pengangkutan lestari rendah karbon di pelbagai lokasi termasuk Korea, Malaysia, Poland dan Amerika Utara.

OCBC Bank Bhd (OCBC Bank) dalam satu kenyataan berkata, bank itu yang bertindak sebagai penasihat penstrukturan pinjaman hijau, telah memainkan peranan penting untuk menyusun kemudahan berkenaan dan memberi nasihat menhenai Rangka Kerja Pembiayaan Hijau bersesuaian dengan objektif tadbir urus, sosial dan alam sekitar (ESG) SK Nexilis.

Bank itu berkata, ia memainkan peranan sebagai pengatur utama bermandat, ejen kemudahan dan sekuriti, dan pemberi pinjaman bersama dengan AmInvestment Bank Bhd sebagai pengatur utama bermandat, manakala AmBank (M) Bhd sebagai pemberi pinjaman bersama.

“Bagi mematuhi amalan terbaik, SK Nexilis juga melantik Moody’s untuk menerbitkan laporan pandangan pihak kedua di mana laporan berkenaan mengesahkan Rangka Kerja Pinjaman Hijau untuk mematuhi Prinsip Pinjaman Hijau.

“Transaksi ini menekankan komitmen SK Nexilis terhadap kelestarian dan sejajar dengan objektif kelestarian umum bagi syarikat induknya, SKC Ltd, yang merupakan sebahagian daripada SK Group, salah satu syarikat konglomerat terbesar di Korea Selatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ia berkata, SKC Co Ltd sebelum ini melancarkan inisiatif seluruh kumpulan untuk mencapai ‘Net Zero’ (Emisi Bersih Sifar) menjelang 2040 dan RE100, yang merupakan inisiatif untuk beralih kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharui 100 peratus dalam operasinya, menjelang 2050.

Ketua Pegawai Eksekutif SK Nexilis Malaysia, Shin Dong Hwan, berkata penggunaan tenaga elektrik untuk memacu kenderaan bermotor amat penting bagi penyahkarbonan sektor pengangkutan yang menghasilkan kira-kira satu perlima daripada emisi pelepasan gas rumah kaca (GHG) di peringkat global.

“Sebagai pemimpin global dalam inovasi, kesan keputusan perniagaan kami dalam ekonomi tempatan dan alam sekitar amat ketara di mana kemudahan pembuatan baharu ini bukan sahaja menggalakkan inisiatif penyahkarbonan, tetapi juga mencipta peluang pekerjaan bagi rangkaian bakat tempatan dan menggalakkan lebih banyak pelaburan.

“Ini adalah untuk mengukuhkan pembangunan rantaian bekalan global bagi kenderaan elektrik dan kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada gerakan ESG ini dengan rakan-rakan kewangan utama dalam usaha beralih kepada masa depan yang lebih cerah dan lestari,” katanya.

Pengarah Urusan, Pegawai Bank Kanan dan Ketua Perbankan Pelaburan OCBC Bank, Tan Ai Chin, pula berkata sebagai hab elektrik dan elektronik yang utama, Malaysia berada pada kedudukan yang mantap untuk membangunkan asas dan ekosistem pengeluaran kenderaan elektrik yang berkembang pesat.

Beliau berkata, kehadiran SK Nexilis mengukuhkan ekosistem ini dan menyokong usaha penyahkarbonan negara di mana OCBC mendorong perubahan secara progresif dalam memperkenalkan penyelesaian kewangan berkesan untuk menggalakkan amalan terbaik lestari di pasaran tempatan. – BERITA HARIAN

  • Coelho

    Related Posts

    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) dijangka menarik 48,000 peserta dan 480 pempamer dari 48 negara yang bakal menjana potensi perniagaan dianggarkan berjumlah…

    Ringgit cecah bawah RM4.10 sedolar AS, tertinggi dalam tiga tahun

    KUALA LUMPUR: Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tiga tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selepas langkah rangsangan tambahan China pada hujung minggu menyokong sentimen untuk mata wang serantau…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

    • October 22, 2024
    Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

    MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

    • October 22, 2024
    MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

    HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

    • October 21, 2024
    HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

    Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

    • October 21, 2024
    Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

    Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

    • October 18, 2024
    Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

    Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025

    • October 18, 2024
    Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025