Individu tidak daftar Padu kemungkinan gagal dapat bantuan

  • News
  • March 20, 2024

KUALA LUMPUR: Individu yang tidak mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (Padu) kemungkinan akan tertinggal daripada menerima bantuan dan subsidi kerajaan.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, berkata bagaimanapun kerajaan masih mempunyai altenatif lain yang boleh digunakan melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai agensi sektor awam.

“Ia termasuk melalui kerajaan negeri dan tempatan, serta agensi syarikat milik kerajaan dan syarikat pelaburan milik kerajaan yang terdapat dalam Padu bagi membentuk data yang komprehensif mengikut individu dan isi rumah,” katanya dalam sesi soalan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) yang ingin tahu apakah terdapat alternatif buat individu yang tidak dapat mendaftar di dalam Padu atas pelbagai sebab.

Shafizan juga mahu kerajaan memperincikan apakah terdapat jaminan golongan itu tidak akan ketinggalan daripada mendapatkan kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

Hanifah turut memberitahu, Dewan Rakyat bahawa sehingga 12 Mac lalu, Padu telah mengintegrasikan 314 set data pelbagai agensi yang menjadi asas untuk membentuk profil individu yang komprehensif.

“Ini termasuk maklumat 8.6 juta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan B40 warganegara Malaysia,” katanya lagi.

Isnin lalu, Menteri Ekonomi berkata, sebanyak 4,752 kawasan di Malaysia belum diliputi pendaftaran Padu dan berisiko keciciran.

Oleh itu, Rafizi menggesa orang ramai untuk mendaftar dan mengemaskini data di Padu sebelum tarikh akhir 31 Mac 2024 untuk mengelakkan risiko keciciran berterusan.

Menurut data yang diberikan Rafizi, Selangor mencatatkan 1,282 kawasan belum diliputi pendaftaran Padu , diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 992 kawasan, Sarawak 765 kawasan dan Sabah 620 kawasan.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah