Bursa Malaysia bermula hambar dipengaruhi prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Isnin dipengaruhi oleh prestasi yang sama di Wall Street pada Jumaat minggu lalu berikutan sentimen berbeza-beza apabila Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar dana persekutuan tidak berubah pada 5.25 hingga 5.50 peratus bagi mesyuarat kelima berturut-turut.

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.61 mata kepada 1,538.78 daripada paras penutup 1,542.39 pada Jumaat minggu lalu. Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 2.16 mata kepada 1,540.23.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 233 berbanding 192, manakala 333 kaunter tidak berubah, 1,577 tidak diniagakan dan 37 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 303.92 juta unit bernilai RM119.48 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup bercampur-campur pada Jumaat lalu disebabkan sentimen negatif selepas Fed mengekalkan kadar dana persekutuan tidak berubah.

“Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) turun 305 mata, tetapi Nasdaq naik 27 mata dengan hasil 10 tahun Perbendaharaan AS susut kepada 4.202 peratus.

“Berikutan prestasi tidak menentu di Wall Street, kami percaya dagangan di bursa tempatan akan kekal dalam jajaran ketat antara 1,535 dan 1,545 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 2.0 sen kepada RM9.57 dan Tenaga Nasional turun 8.0 sen kepada RM11.48, manakala CIMB Group dan Petronas Chemical menambah 3.0 sen setiap satu masing-masing kepada RM6.58 dan RM6.82, dan Public Bank tidak berubah pada RM4.24.

Dalam kalangan kaunter cergas, Velestro Energy, Prolintas Infra dan Advance Information menokok 1.5 sen setiap satu masing-masing kepada 30 sen, 96.5 sen dan 9.5 sen, Kinergy Advancement naik setengah sen kepada 36.5 sen manakala Pelikan International susut 4.0 sen kepada 2.25 sen

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan sebanyak 10.36 mata kepada 11,544.74, Indeks FBMT 100 turun 14.73 mata kepada 11,189.45 manakala Indeks FBM Emas Shariah menyusut sebanyak 19.14 mata kepada 11,632.84.

Indeks FBM 70 melonjak 26.55 mata kepada 15,997.25 dan Indeks FBM ACE meningkat 9.21 mata kepada 4,865.55.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.10 mata kepada 178.83, Indeks Tenaga naik 3.77 mata kepada 938.11 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 11.63 mata kepada 17,200.51 manakala Indeks Perladangan susut 24.3312 mata kepada 24.3312. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Malacca Securities Nilai Saksama ENEST Pada RM0.16, Potensi Kenaikan 23.1% Berbanding Harga IPO

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Malacca Securities Research menetapkan nilai saksama RM0.16 sesaham bagi bakal syarikat tersenarai Pasaran ACE, Enest Group Berhad (ENEST), mewakili potensi kenaikan 23.1% berbanding harga Tawaran…

HELIOS SOLAR AG Lancar IPO bernilai sehingga EUR30.4 Juta, perkukuh peluasan Asia dan Eropah

MUNICH, — HELIOS SOLAR AG secara rasmi melancarkan tempoh langganan bagi Tawaran Awam Permulaan (IPO), menawarkan peluang kepada pelabur untuk melanggan saham syarikat pada harga tetap EUR4.00 sesaham menjelang penyenaraiannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras