Stoking Kalimah Allah: Pengasas KK Mart, isteri mengaku tidak bersalah hina agama Islam

  • News
  • March 26, 2024

SHAH ALAM: Pengasas KK Mart dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.

Datuk Seri Chai Kee Kan, 57, dan Loh Siew Mui,53, yang juga pengarah syarikat itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka berniat dengan sengaja melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan yang telah dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway, pada 6.30 pagi, 13 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan Masri Mohd Daud manakala Chai dan Loh diwakili Rajpal Singh.

Sementara itu, Rajpal memohon ikat jamin RM5,000 yang disifatkan mencukupi bagi memastikan anak guamnya hadir ke mahkamah.

“Anak guam saya adalah ketua dalam syarikat itu dan dia mempunyai 5,000 kakitangan dengan 810 cawangan di seluruh negara juga di Nepal, India dan Brunei.

“Beliau aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan dan seorang dermawan.Saya percaya tiada sebab untuk beliau melarikan diri,” katanya.

Muhamad Anas kemudiannya menetapkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap seorang tertuduh.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Susulan itu, Kee Kan memohon maaf atas kontroversi itu pada sidang media 16 Mac lalu, disertai pengurusan tertinggi syarikat pembekal dan pemilik Xin Jian Chang, Soh Chin Huat yang mendakwa stoking itu diimport dari China.

Sementara itu, KK Mart menyaman vendor, Xin Jian Chang Sdn Bhd (XJC) kerana didakwa mensabotaj perniagaan rangkaian kedai serbaneka itu dengan membekalkan stoking tertera kalimah Allah.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras