Dr Azizan Osman tawar khidmat bimbingan perniagaan kepada Datuk Red bantu keluar dari kebankrapan

KUALA LUMPUR: Mentor usahawan Datuk Wira Dr Hj Azizan Osman sedia menawarkan bantuan bimbingan perniagaan kepada Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adenan Abu, 46.

Dr. Azizan berkata bimbingan ini direalisasikan hasil kerjasama dengan pemilik Him Wellness Clinic, Dr. Samhan yang memfokuskan produk dan servis untuk kesihatan lelaki.

“Saya yakin dengan kerjasama ini, Datuk Red dapat bangkit semula dan mencapai jualan pertamanya sebanyak RM1 juta dalam tempoh tiga bulan.

“InsyaAllah, dengan izin-Nya dan sokongan daripada semua pihak, saya dan RichWorks akan cuba membantu Datuk Red dengan bimbingan perniagaan agar beliau dapat menyelesaikan hutangnya dan keluar dari kebankrupan dengan memulakan perniagaan baru ini,” katanya dalam majlis rumah terbuka di kediaman bonda beliau di Tengkera, Melaka.

Turut hadir, Dr.Samhan yang berbesar hati melantik Datuk Red sebagai ‘Ambassador Partner’ bagi produk kesihatannya.

Tambah Dr Azizan, dengan komitmen yang diberikan, beliau menjangkakan Datuk Red dapat keluar daripada kesilapan dan belenggu hutang sebanyak RM7 juta dalam tempoh tiga tahun.

“Saya akan pantau beliau, itu syarat saya,” tambahnya. 

Sementara itu, suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi itu turut meluahkan kesediaannya untuk menerima bimbingan selepas dilantik menjadi duta dan rakan kongsi produk HIM Coffee hasil kerjasama dengan pemilik Him Wellness Clinic, Dr Samhan.

“Saya berterima kasih kepada Dr. Azizan atas kesediaan beliau untuk membimbing saya dan Dr. Samhan atas peluang untuk berkolaborasi dalam perniagaannya.

“Saya akan memberikan komitmen sepenuhnya dengan tunjuk ajar Dr. Azizan untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan bersama Dr. Samhan,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.

Jelasnya lagi, Dr. Azizan turut mencadangkan beliau untuk melantik peguam yang dipercayai bagi mengurus pendapatannya bagi memudahkan proses penyelesaian setiap hutang-hutangnya.

Terdahulu, Dr. Azizan juga mengumumkan RichWorks akan mengadakan bimbingan perniagaan secara langsung di Kota Bharu pada 24 April,  dan di Shah Alam pada 22 Mei bagi pengusaha terpilih di sekitar Pantai Timur dan Semenanjung Malaysia.

Coelho

Related Posts

Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK

KUALA LUMPUR:13 belas persatuan utama dalam sektor perladangan dan komoditi menggesa kerajaan supaya melabur semula kutipan Cukai Keuntungan Luar Biasa (WPL) ke dalam industri itu melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi…

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

  • January 23, 2026
KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

  • January 20, 2026
Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

  • January 18, 2026
China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

  • January 18, 2026
PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

  • January 16, 2026
Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan