Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

KUALA LUMPUR: Farm Fresh Bhd mencatatkan peningkatan untung bersih sebanyak 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat berakhir 31 Mac 2025 (4QFY25) berbanding RM23.9 juta pada suku sama tahun sebelumnya didorong hasil jualan lebih tinggi daripada rangkaian produk baharunya.

Kumpulan itu berkata, hasil bagi suku berkenaan juga meningkat 13.3% kepada RM243.7 berbanding RM215 juta pada 4QFY24.

“Peningkatan hasil kumpulan disokong sumbangan jualan daripada pelancaran produk baharu ditambah dengan peningkatan jualan komersial dari UHT dan program susu sekolah, serta sumbangan jualan sepanjang tahun dari Inside Scoop dan Sin Wah.

“Sementara itu, keuntungan yang lebih tinggi juga disebabkan oleh kos yang lebih rendah akibat penurunan kos input tenusu, yang secara signifikan meningkatkan margin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 (FY25), Farm Fresh mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM106.4 juta, meningkat berbanding RM63.53 juta pada FY24.

Hasil juga meningkat kepada RM981.18 juta berbanding RM810.41 juta pada tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Loi Tuan Ee berkata, kejayaan produk ais krim mendorong kumpulan untuk mempercepatkan pengembangan kapasiti di kilang Taiping.

Katanya, ia adalah bagi memastikan kumpulan dapat memenuhi permintaan yang sangat tinggi sementara menunggu siapnya kilang di Enstek.

“Kami juga telah melihat sambutan positif terhadap produk Moola choco malt, susu tepung krim penuh pek keluarga, dan mentega Farm Fresh dengan tambahan terkini susu kultur yang memperkukuhkan kehadiran kami dalam segmen tenusu utama,” katanya.

Beliau berkata, bagi ladang Muadzam Shah, pengembangan tersebut telah mencatatkan pencapaian penting apabila pihaknya berjaya menyambut kedatangan 1,300 lembu tenusu pada Mei 2025.

Katanya, apabila siap sepenuhnya, pengembangan itu akan menggandakan kapasiti ternakan kumpulan kepada 6,000 lembu tenusu dan meningkatkan pengeluaran susu ladang dari Muadzam Shah dengan ketara.

“Sementara itu, operasi kami di Filipina telah bermula dan kini beroperasi sepenuhnya dengan siapnya kilang San Simon,” katanya

Goncalves

Related Posts

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

KUALA LUMPUR: Kerugian terkumpul Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mencecah RM13.20 bilion pada akhir 2025, dengan rosot nilai aset dan kos keuntungan sukuk menjadi penyumbang utama, menurut Kementerian Kewangan. Angka…

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

KUALA LUMPUR: Projek Taman Solar Helios di Gua Musang, Kelantan, yang dianggarkan bernilai RM2.8 bilion, disasarkan mula menjana tenaga hijau menjelang akhir 2028. Projek berskala besar berkapasiti 1,000 megawatt (MW)…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028