Volkswagen rancang mahu jadikan Malaysia sebagai hab eksport

KUALA LUMPUR: Volkswagen Group Malaysia (VGM) rancang untuk jadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Zafrul menerusi hantaran di laman X, berkata Malaysia berkongsi perancangan itu dalam pertemuan bersama pihak VGM.

“Selain model konvensional, VMG turut merancang untuk mengeluarkan EV (kenderaan elektrik) di Malaysia,” katanya.

Beliau yakin kerjasama itu akan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena automotif serantau.

“Kalau dulu kita import Volkswagen, sekarang ni sesetengah model dah dipasang di Malaysia. Antara model yang dipasang di Malaysia ialah Touareg. Ini adalah kali pertama model Touareg dipasang di luar Eropah,” katanya.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) pada Mac lalu secara rasmi memperkenalkan model Touareg R-Line pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.

Memasuki generasi ketiga, model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu adalah yang pertama dipasang di luar kilangnya yang terletak di Slovakia.

Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev, berkata Touareg membawa kepentingan terbesar untuk Volkswagen dan merupakan perintis dalam banyak cara.

“Ini adalah SUV pertama kami, DNA SUV Volkswagen benar-benar bermula dengan Touareg. Menjadi negara pertama yang memasang Touareg secara tempatan di luar kilangnya di Slovakia adalah satu pengiktirafan besar daripada Volkswagen Group.

“Sebagai tawaran terbaik kami, saya percaya Touareg akan menarik sekumpulan pelanggan dalam segmen SUV premium yang mencari sesuatu yang istimewa. Dengan reka bentuk yang hebat dan senarai teknologi perintis, Touareg akan membezakannya dengan pemandu SUV lain,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • Auto
  • October 24, 2024
  • 380 views
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

  • Auto
  • August 8, 2024
  • 828 views
Tesla Batal Bina Kilang Di Malaysia: Ini Reaksi MITI

KUALA LUMPUR: Laporan berita dari Thailand berhubung keputusan Tesla untuk tidak membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) di mana-mana negara Asean termasuk Malaysia mengejutkan banyak pihak. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

  • March 19, 2025
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

  • March 19, 2025
Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan