Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainuddin didakwa lagi kes rasuah

  • Kes
  • May 24, 2024

SHAH ALAM: Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin sekali lagi didakwa hari ini, yang mana di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, didakwa meminta rasuah RM350,000 daripada Pengarah Urusan Nexuscorp Group Sdn Bhd, Wan Azhar Mohamed Yusof bagi membantu syarikat mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohodn dibicarakan sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat syarikat terbabit di Kawasan Perindustrian Seksyen 7, Shah Alam, jam 4 petang pada Disember 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan mengikut Seksyen 24 (1), tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.

Tertuduh dibenarkan jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas tuduhan rasuah.

Syarat tambahan pasport disimpan Mahkamah (Sesyen Kuala Lumpur) hingga kes selesai, tiada gangguan terhadap saksi pendakwaan dan melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur setiap bulan.

Hakim membenatkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Semalam, Sayed Amir Muzzakkir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menerima rasuah RM350,000 untuk tujuan sama.

Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat Yayasan Tanah Aku, Solaris Dutamas, di sini, jam 4 petang, 4 Disember 2020 dan 3.30 petang 16 Disember tahun sama.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Julai ini.

Coelho

Related Posts

FashionValet: “Dumb, Dumber And Dumbest”

Artikel asal ditulis oleh: The2Bros Pelbagai agensi dan pihak berkuasa undang-undang kini sibuk mahu menyiasat semua individu “dumb” yang terlibat dalam kekecohan FashionValet. SPRM telah memanggil pasangan terkenal di media…

FashionValet: Dumb, Dumber And Dumbest

Article By: The2Bros The various agencies and legal authorities are up in arms wanting to investigate all the Dumb people associated with the FashionValet fiasco. MACC has summoned the Social…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025