Menara KL: Bicara pengarah Hydroshoppe didakwa tawar suapan RM7.5 juta bermula September

  • Kes
  • June 4, 2024

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 10 September ini tarikh bermulanya perbicaraan kes Pengarah Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh atas pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun bagi faedah kepada Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.

Hakim Suzana Hussin menetapkan perbicaraan pada 10 dan 11 September, 29 dan 30 Oktober, 6 dan 7 November manakala Disember pada 4 dan 5 serta 9 hingga 12 dan 7 hingga 9 Januari 2025.

“Mahkamah juga menetapkan tarikh sebutan kes pada 16 Ogos untuk serahan dokumen berkaitan kes itu,” katanya.

Beliau menetapkan 15 hari perbicaraan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan bahawa pihaknya berbincang dengan pasukan pembelaan dan kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh perbicaraan itu.

Sementara itu, Peguam Weera Premananda mewakili Abdul Hamid Shaikh mengesahkan perkara itu.

Pada 5 April tahun lalu, Abdul Hamid Shaikh didakwa menawarkan suapan menerusi Datuk Tan Ser Lay, 60, sebagai dorongan kepada Tan Sri Annuar Musa yang ketika itu Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Hydroshoppe juga didakwa atas pertuduhan sebagai organisasi komersial melakukan kesalahan bersekutu dengan tertuduh, menawarkan suapan itu kepada Tan, bagi faedah Annuar dengan niat yang sama, di lokasi dan pada tarikh serupa.

Pertuduhan mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 17A(2) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana lebih tinggi, atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • June 23, 2026
Pekerja penyelenggaraan maut ketika cuci kolam air di Kuala Selangor, SPAN siasat punca kejadian

KUALA SELANGOR, 23 Jun 2026 — Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden kemalangan maut yang meragut nyawa seorang pekerja penyelenggaraan semasa kerja-kerja pencucian kolam perkhidmatan…

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

  • September 30, 2026
Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

  • September 27, 2026
Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

  • September 26, 2026
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat