Isu Blackrock: KJ yakin UMNO tidak setuju jika dibawa ke Jemaah Menteri

  • News
  • June 21, 2024

KUALA LUMPUR: Bekas Pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin berkata beliau yakin menteri-menteri daripada UMNO akan membantah tindakan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menjual pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, sekiranya isu itu dibawa ke Jemaah Menteri.

“Saya bersangka baik terhadap rakan-rakan daripada UMNO, parti lama saya. Saya yakin kalau benda ini dibawa ke Jemaah Menteri, saya yakin menteri-menteri UMNO akan membangkang.

“Sebab saya tahu menteri UMNO tidak akan setuju, mungkin terpaksa setuju sekarang sebab kereta api keluar daripada stesen.

“Tapi kalau dibawa dan ditanya kepada Jemaah Menteri, boleh ke tidak kita benarkan Khazanah jual kepada Blackrock, saya rasa menteri-menteri UMNO yang saya kenal, dia tidak akan setuju,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kenapa tiada tindakan daripada anggota kabinet berhubung isu pengambil alihan MAHB oleh Blackroack, syarikat Amerika Syarikat (AS) yang menyokong rejim Israel.

Terdahulu beliau antara panel Forum Rapat Umum Tolak Blackrock di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di sini, malam tadi.

Menurut Khairy lagi, tindakan Khazanah menjual 30% pegangan saham kepada konsortium itu menentang dasar kerajaan yang selama ini memperjuangkan soal kemanusiaan Palestin.

“Dalam hal ini, penjualan MAHB kepada Blackrock jelas menentang dasar kerajaan Malaysia selama ini termasuklah Kerajaan Madani.

“Perkara ini, sebelum keputusan itu dibuat dan diumumkan, sepatutnya dimaklumkan kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu,” katanya lagi.

  • Coelho

    Related Posts

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    • News
    • April 18, 2025
    • 371 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

    • May 28, 2025
    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

    Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

    • May 28, 2025
    Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo