PROLINTAS sahkan kakitangan ditahan SPRM

  • Kes
  • June 26, 2024

KUALA LUMPUR: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) mengesahkan penahanan reman beberapa kakitangannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan membabitkan kes pembinaan.

PROLINTAS dalam kenyataannya berkata, pihaknya komited dan bersedia untuk bekerja rapat dengan semua pihak berkuasa berkaitan dalam membantu siasatan.

“PROLINTAS menerima maklum bahawa beberapa warga kerja kami telah ditahan reman oleh SPRM.

“Kami akan bekerjasama dan berusaha mengekalkan integriti serta tadbir urus korporat pada tahap tinggi,” katanya pada Selasa.

Semalam, SPRM memaklumkan telah menahan lapan individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.

CEO bergelar Datuk bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya berkenaan direman selama empat hari sehingga 28 Jun 2024.

Manakala, lima lagi individu iaitu pemilik syarikat pula direman selama tiga hari sehingga 27 Jun 2024.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, kesemua suspek yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 40-an hingga 50-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Isnin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Coelho

Related Posts

FashionValet: “Dumb, Dumber And Dumbest”

Artikel asal ditulis oleh: The2Bros Pelbagai agensi dan pihak berkuasa undang-undang kini sibuk mahu menyiasat semua individu “dumb” yang terlibat dalam kekecohan FashionValet. SPRM telah memanggil pasangan terkenal di media…

FashionValet: Dumb, Dumber And Dumbest

Article By: The2Bros The various agencies and legal authorities are up in arms wanting to investigate all the Dumb people associated with the FashionValet fiasco. MACC has summoned the Social…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

AmanahRaya REIT Catat Prestasi Kukuh Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

  • May 23, 2025
AmanahRaya REIT Catat Prestasi Kukuh Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

YTL Corporation Catat Pendapatan Suku Ketiga RM23.15 Bilion, Rancang Perluas Taman Pusat Data Hijau di Johor

  • May 23, 2025
YTL Corporation Catat Pendapatan Suku Ketiga RM23.15 Bilion, Rancang Perluas Taman Pusat Data Hijau di Johor

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis