PRK Nenggiri ditetapkan 17 Ogos – SPR

  • News
  • June 28, 2024

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Nenggiri akan diadakan pada 17 Ogos dengan penamaan calon 3 Ogos.

Pengerusi SPR, Ramlan Harun, berkata undi awal pula akan diadakan pada 13 Ogos.

Pada 19 Jun lalu Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Abdullah, mengisytiharkan kerusi Nenggiri kosong selepas dimaklumkan Mohd Azizi Abu Naim bukan lagi ahli Bersatu.

Menurut Bersatu, keahlian Azizi dihentikan selepas dia gagal mengisytiharkan kesetiaannya kepada parti dan menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Azizi memfailkan permohonan awal minggu ini untuk mencabar tindakan Bersatu menghentikan keahliannya dan kekosongan kerusi DUN Nenggiri.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonannya mendapatkan injunksi sementara untuk menghentikan PRK itu.

Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dipilih sebagai Adun Nenggiri pada PRN Ogos tahun lalu selepas menewaskan Ab Aziz Yusoff daripada Umno, bekas Adun Nenggiri, dalam persaingan satu lawan satu dengan majoriti 810 undi.

Kemenangannya bermakna ia adalah kali pertama Barisan Nasional kehilangan kerusi itu sejak 2004.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 18, 2025
  • 280 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

  • News
  • April 17, 2025
  • 223 views
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

  • April 17, 2025
Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

  • April 15, 2025
TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait