Bekas Guru Dituduh Bunuh Cikgu Istiqomah

  • Kes
  • August 19, 2024

ALOR GAJAH: Bekas guru, dituduh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh guru, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, pada Disember lalu.

Sejurus pertuduhan dibacakan dan diterangkan jurubahasa jam 10.45 pagi, tertuduh Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36, mengaku faham dalam prosiding didengar Majistret Dr Teoh Shu Yee.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berasal dari Medan Klebang Mewah, Chemor, Perak kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pembunuhan terhadap Istiqomah Ahmad Rozi di tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang, di sini, antara 26 Disember 2023 hingga 31 Disember 2023.

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dihukum gantung di sampai mati atau jika tidak dihukum mati, hendaklah dipenjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azfar Mahmod dan Sharina Farhana Nor Sa’ari memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan baharu bagi mendapatkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat.

Muhammad Nazrin turut membantah sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh mengikut peruntukan Seksyen 388 Kanun Acara Jenayah.

Majistret Dr Teoh kemudian menetapkan 22 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh.

Disember lalu dilaporkan mengenai penemuan mayat seorang wanita ditemui disumbat di dalam tong sampah dalam keadaan tanpa kaki dan tangan di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Melaka.

Polis kemudiannya mengesahkan mayat itu milik Istiqomah, 33, berdasarkan ujian DNA yang dilakukan terhadap ibu mangsa

Siasatan lanjut polis menahan seorang suspek lelaki berusia 37 tahun di Chemor pada 5 Ogos lalu selepas disyaki terbabit dalam jenayah itu.

Hasil siasatan lanjut dan soal siasat terhadap suspek membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa di kawasan berhampiran tempat mayat ditemui.

Polis menemui tulang jari dan kepala tidak jauh dari lokasi penemuan mayat, kira-kira lima hingga enam kilometer.

Suspek juga kenalan Istiqomah ketika bersama-sama melanjutkan pengajian di maktab perguruan.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • September 10, 2024
  • 49 views
‘Abang Bas’ Didakwa Lakukan Amang Seksual

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu bas sekolah yang memuat naik rakaman video murid sekolah rendah di akaun Tiktok miliknya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar di Johor atas dua pertuduhan…

  • Kes
  • September 5, 2024
  • 40 views
Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan jaminan pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah dengan melanggar motosikal ditunggang mangsa, Disember tahun lalu. Keputusan dibuat Hakim…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’ Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

  • September 13, 2024
YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’  Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

Kronologi Skandal Rasuah Spanco

  • September 12, 2024
Kronologi Skandal Rasuah Spanco

Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

  • September 12, 2024
Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

  • September 11, 2024
Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

The ART of Deception? – Ernest Wong

  • September 10, 2024
The ART of Deception? – Ernest Wong

Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM

  • September 10, 2024
Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM