Bicara Kes Anak Hamzah Zainudin Mac 2025

  • Kes
  • August 29, 2024

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes perunding bebas Muhammad Faisal Hamzah yang juga anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri yang didakwa atas pertuduhan menerima rasuah RM100,000 akan bermula 24 Mac tahun depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Rosli Ahmad menetapkan tarikh perbicaraan selama 15 hari pada 24 hingga 28 Mac, 14 hingga 18 April dan 21 hingga 25 April 2025 selepas Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ikhwan Zaudii Nordin memaklumkan pihaknya telah menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada pembelaan.

“Pihak pendakwaan akan mengemukakan kira-kira 21 saksi,” katanya pada prosiding sebutan kes itu hari ini.

Peguam Chetan Jethwani yang mewakili tertuduh mengesahkan perkara berkenaan dan memohon satu tarikh pengurusan kes sebelum perbicaraan bermula bagi memuktamadkan dokumen berkaitan kes dan pernyataan saksi.

Sehubungan dengan itu, mahkamah menetapkan 21 Feb 2025 untuk pengurusan kes.

Muhammad Faisal, 40, anak kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa menerima wang berkenaan daripada Izmir Abd Hamid sebagai upah bagi Heitech Padu Berhad melantik Syarikat Rimba Merpati dan Syarikat Per My Solutions sebagai konsultan pemasaran disebabkan pengaruh yang dimiliki tertuduh.

Syarikat berkenaan dibayar komisen berjumlah RM700,000 selepas Heitech Padu dianugerahkan Tender Supply, Rental, Implementation, Training, Support and Maintenance of Security Infrastructure bernilai RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pejabat di pusat beli-belah, Jalan Dutamas 1 di sini pada Mac 2018 dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2). Dalam kenyataan…

  • Kes
  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2025 – Prosiding kes melibatkan dua bekas pengarah Revenue Group Berhad, iaitu Ng Shih Chow dan Ng Shih Fang, ditangguhkan selama tiga minggu selepas mahkamah menerima…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah