Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

  • News
  • September 18, 2024

PUTRAJAYA: Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata Tan Sri Mohkzani dan Mirzan telah melakukan pengisytiharan harta dalam tempoh yang telah ditetapkan.

“Mereka sudah mengisytihar harta kepada kami, namun pihak penyiasatan sedang buat penyelarasan dengan peguam mereka.

“Secara asasnya, mereka sudah isytihar harta, itu paling penting,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mirzan dan Mokhzani diarahkan SPRM pada Januari lalu mengisytiharkan aset mereka sejak 1981, tahun di mana Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM – Azam Baki
Sinar Harian
18/09/2024 13:48 MYT
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bercakap pada sidang media Ops Setting di ibu pejabat SPRM hari ini. – Foto Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dua anak Mahathir iaitu Mirzan dan Tan Sri Mokhzani telah melakukan pengisytiharan harta mengikut masa yang telah ditetapkan.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang melaksanakan siasatan dan pelarasan berhubung pengisytiharan itu dengan pihak peguam.

Sementara itu ditanya mengenai usaha mengesan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Azam menyatakan usaha itu masih buntu.

Kata beliau, ahli perniagaan itu masih gagal dikesan untuk dibawa balik ke negara ini

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

  • June 3, 2026
Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

  • June 3, 2026
Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

  • June 3, 2026
Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

  • May 29, 2026
MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta

  • May 29, 2026
MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta

IJM Properties Lupuskan Aset Komersial di Sandakan pada Harga RM47.5 Juta

  • May 29, 2026
IJM Properties Lupuskan Aset Komersial di Sandakan pada Harga RM47.5 Juta