Ahli GISB Holding Mengaku Tak Salah Ugut Wanita

  • News
  • September 18, 2024

KUALA LUMPUR: Seorang ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan ugutan jenayah terhadap seorang wanita yang juga bekas ahli GISB.

Tertuduh, Mohamad Riza Makar, 39, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Ahmad Afiq Hasan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu menakutkan secara jenayah ke atas wanita berusia 25 tahun di tempat letak kenderaan Galeria, Presint 4 di sini, kira-kira jam 10 malam, pada 9 September lalu.

Lelaki tersebut didakwa menakutkan wanita itu dengan mengatakan ‘kami tahu dekat mana rumah suami dan keluarga’, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran supaya bekas ahli GISBH itu untuk menarik balik laporan polis.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman manakala tertuduh diwakili peguam, Zulfikri Ulul Azmin.

Mohd Sabri memohon mahkamah menetapkan jaminan RM30,000 dengan dua penjamin ke atas tertuduh selain pasport diserahkan serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Bagaimanapun, peguambela memohon kadar tersebut dikurangkan susulan ugutan itu berbentuk ringan, bukan ugutan bunuh atau mencederakan.

Zulfikri dalam hujahannya turut berkata, kadar dikenakan itu juga terlalu tinggi kerana tertuduh berpendapatan RM4,000 sebagai sebagai peniaga dan mempunyai tanggungan tiga isteri serta sepuluh anak.

Susulan itu, mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dengan tertuduh tidak boleh mendekati pengadu serta perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga sebutan kes itu pada 18 Oktober ini.

Coelho

Related Posts

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

  • July 4, 2025
PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar