Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd, memperoleh kemenangan kontrak terbesar di Taiwan setakat ini melalui Transit Aliran Massa (MRT) Xizhi Donghu bernilai RM4.3 bilion, projek infrastruktur utama ketujuhnya di negara itu.

Kumpulan kejuruteraan dan pembinaan serantau itu berkata, projek ini adalah kemenangan terbesarnya sejak memasuki pasaran Taiwan dua dekad lalu.

“Kemenangan ini menunjukkan keupayaan konsisten kumpulan untuk mendapatkan projek bernilai tinggi dalam pasaran antarabangsa yang kompetitif.

“Ia mencerminkan rekod prestasi yang kukuh dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak berkuasa Taiwan terhadap kepakaran dan keupayaan kami dalam melaksanakan projek,” katanya.

Jabatan Sistem Transit Pantas, Kerajaan Bandar Raya New Taipei menganugerahkan projek itu kepada usaha sama yang tidak diperbadankan antara tiga pihak iaitu Gamuda (75%) dan dua syarikat yang berpusat di Taiwan, MiTAC Information Technology Corp (15%) serta Dong Pi Co Limited (10%).

Dengan pegangan yang ketara sebanyak 75% dalam usaha sama terbabit, bahagian Gamuda dalam nilai kontrak adalah sebanyak RM3.2 bilion.

Projek reka bentuk dan pembinaan itu dijangka siap dalam masa tujuh tahun.

Skop kerja termasuk jejambat dan trek sepanjang 5.78 kilometer, enam stesen yang berada di atas tanah, serta kerja sistem seperti ‘rolling stock’, bekalan tenaga, pintu skrin platform, sistem komunikasi, sistem pemantauan pusat, sistem pengumpulan tambang automatik dan peralatan penyelenggaraan depoh.

Usaha sama ini termasuk melaksanakan kerja tambahan bernilai RM10.8 bilion dengan pembinaan Depoh Penyelenggaraan Xizhi Donghu Line dan kerja trek bagi jajaran MRT Keelung dan Minsheng.

Jumlah nilai projek yang digabungkan dengan kerja tambahan ini adalah kira-kira RM15.1 bilion, manakala kontrak kerja sementara bahagian Gamuda sebanyak 75%, bernilai kira-kira RM8.1 bilion.

Ia berkata, projek itu adalah sebahagian daripada inisiatif infrastruktur yang sedang dijalankan di New Taipei City di mana MRT adalah penting untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari populasi bandar raya itu.

“Kejayaan Gamuda di Taiwan dibina di atas asas yang kukuh, bermula dengan penyiapan MRT Kaohsiung Orange Line yang memenangi anugerah pada tahun 2008 (dianugerahkan pada tahun 2002).

Sejak itu, syarikat telah memainkan peranan penting dalam membentuk landskap pengangkutan moden di Taiwan, termasuk projek MRT Bawah Tanah Taoyuan City bernilai RM2.13 bilion pada 2022 dan MRT Kaohsiung Metropolitan Yellow Line bernilai RM3.45 bilion pada 2023.

“Kumpulan juga berjaya menyiap dan menyerahkan Jambatan Marin Guantang pada Oktober 2023 dan kami juga sedang membina Tembok Laut Pelabuhan Taipei dan Jalur Transmisi Bawah Tanah 161 kilovolt (kV) Songshu ke Guanfeng,” katanya.

Saham Gamuda meningkat ke paras tertinggi rekod RM8.37 pada pagi Selasa sebelum pengumuman perolehan kontrak tersebut. Pada rehat pasaran tengah hari, kaunter berada pada RM8.36, masih meningkat 16 sen atau 1.95%, dengan permodalan pasaran sebanyak RM23.58 bilion.

Coelho

Related Posts

Sarawak muktamad pengambilalihan MASwings, kini rasmi sebagai AirBorneo

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak memuktamadkan pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) yang kini dinamakan sebagai AirBorneo. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata sejajar kedudukannya yang beroperasi…

Datasonic lantik Hanifah Noordin sebagai Pengerusi Eksekutif & CEO baharu

KUALA LUMPUR: Datuk Hanifah Noordin sebagai Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Datasonic Group Berhad berkuat kuasa 12 Februari 2025. Perlantikan itu berikutan pengunduran Tengku Dato Indera Abu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sarawak muktamad pengambilalihan MASwings, kini rasmi sebagai AirBorneo

  • February 13, 2025
Sarawak muktamad pengambilalihan MASwings, kini rasmi sebagai AirBorneo

Isu Petronas-Petros belum selesai sepenuhnya – kata Abang Jo

  • February 13, 2025
Isu Petronas-Petros belum selesai sepenuhnya – kata Abang Jo

Datasonic lantik Hanifah Noordin sebagai Pengerusi Eksekutif & CEO baharu

  • February 13, 2025
Datasonic lantik Hanifah Noordin sebagai Pengerusi Eksekutif & CEO baharu

MBG peroleh kontrak pembangunan bernilai RM194.72 juta di Cameron Highlands

  • February 12, 2025
MBG peroleh kontrak pembangunan bernilai RM194.72 juta di Cameron Highlands

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB

  • February 12, 2025
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB

Perbincangan berkenaan projek kabel dasar laut Sarawak-Singapura dimuktamad tidak lama lagi

  • February 11, 2025
Perbincangan berkenaan projek kabel dasar laut Sarawak-Singapura dimuktamad tidak lama lagi