Skandal Rasuah MBI: SPRM temui pentunjuk baharu, saham konsesi perlombongan pasir diperoleh untuk kegunaan sendiri

  • News
  • October 24, 2024

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui petunjuk baharu membabitkan siasatan ke atas Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) berhubung kes rasuah konsesi perlombongan pasir.

Namun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata buat masa ini pihaknya tidak boleh mendedahkan perkara itu kerana masih mengumpul keterangan daripada saksi.

“Siasatan masih lagi dijalankan dan keterangan saksi sedang dikumpulkan. Memang ada keterangan baharu yang diperoleh, tetapi buat masa ini saya tidak boleh kongsikan lagi.

“Ada petunjuk baharu yang menunjukkan saham yang diperoleh oleh (individu) yang terbabit dalam siasatan ini diperoleh untuk kegunaan sendiri dan sebagainya,” katanya di Nilai, memetik BH.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM (Penolong Penguasa Gred P29) di Padang Kawad Pusat Latihan Asas, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai individu berpengaruh yang akan ditahan seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Azam berkata, pihaknya masih mengumpul bukti dan melihat sama ada hasil keterangan menjurus kepada individu itu atau sebaliknya.

“Apabila sampai masa kelak, kita akan panggil. Buat masa ini kumpul semua bukti dulu jika individu itu berkaitan dan sekiranya perlu, kita perlu lihat adakah menjurus kepada beliau atau tidak.

“Sekiranya betul-betul menjurus kepada beliau, beliau perlu menjawab untuk tujuan membantu siasatan,” katanya.

Ditanya mengenai tangkapan terbaharu, Azam berkata, bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) MBI yang ditahan reman selama tujuh hari sudah dibebaskan selepas reman tamat dan setakat ini tiada tangkapan terbaharu.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya sudah melakukan serbuan ke sembilan premis di sekitar Lembah Klang, namun setakat ini tiada premis atau kenderaan yang disita kerana tiada keperluan.

“Untuk premis setakat ini kalau tak silap saya lebih kurang sembilan yang sudah digeledah. Kita tidak sita sebarang premis kerana ia (premis) bukan milik mereka, ada premis yang milik seseorang yang tinggal di situ dan bukan perkara yang berkaitan dalam siasatan kami, jadi tidak boleh sita.

“Ada yang bertanya mengenai sitaan kenderaan, tiada kenderaan yang disita setakat ini sebab tiada keperluan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM menggeledah sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan ‘safe house’ seorang ahli politik berpengaruh dan menemui sejumlah mata wang asing berjumlah kira-kira RM5 juta.

Susulan itu, SPRM dilaporkan menggeledah dua lagi tempat yang dipercayai dijadikan sebagai safe house oleh seorang ahli politik berpengaruh iaitu membabitkan sebuah pejabat dan satu lagi tempat yang tidak diperincikan.

Penggeledahan di dua lokasi terbabit membawa kepada penemuan wang bernilai kira-kira RM321,000.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras