Bursa Malaysia terus susut berikutan belian asing yang hambar

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan penurunan apabila dibuka rendah pada Selasa, berikutan kekurangan minat belian daripada dana asing, menurut peniaga.

Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.71 mata kepada 1,609.76 daripada 1,610.47 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.90 mata lebih tinggi kepada 1,612.37.

Lingkungan pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 137 berbanding 122, manakala 256 kaunter tidak berubah, 1,965 kaunter tidak diniagakan dan 123 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 103.56 juta unit bernilai RM53.33 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata penanda aras itu terus mengalami penyusutan, ditutup di atas paras 1,610 walaupun mencatatkan dagangan awal yang optimistik.

Beliau berkata, prestasi itu disebabkan pengambilan untung oleh dana asing.

“Kami berpandangan aliran keluar dana asing baru-baru ini mungkin disebabkan kemungkinan pengurangan yang lebih kecil ke atas kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS, yang turut mendorong ringgit rendah berbanding dolar AS kepada RM4.36 pada masa ini.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,610 hingga 1,620,” katanya menerusi nota penyelidikan pada Selasa.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank menambah enam sen kepada RM10.46, Public Bank tidak berubah pada RM4.46, CIMB naik tiga sen kepada RM8.05, Tenaga susut lapan sen kepada RM13.92, dan IHH menguncup dua sen kepada RM7.34.

Dalam kalangan saham aktif, OB Holdings naik satu sen kepada 25 sen, MyEG turun setengah sen kepada 87.5 sen, manakala Yew Lee dan warannya masing-masing meningkat setengah sen kepada 57.5 sen dan 24.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE menokok 15.72 mata kepada 5,056.11. Indeks FBM Emas susut 0.71 mata kepada 12,158.13, Indeks FBM 70 kurang 6.38 mata kepada 17,639.33, Indeks FBMT 100 menguncup 4.97 mata kepada 11,862.50, dan Indeks FBM Emas Syariah susut 16.59 mata kepada 12,118.59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 11.78 mata kepada 19,137.20, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.03 mata kepada 175.04, manakala Indeks Perladangan turun 12.45 mata kepada 7,297.84 dan Indeks Tenaga kurang 0.60 mata kepada 836.97. -BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • Pasaran
  • January 20, 2025
  • 288 views
Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pada 9.10 pagi, FTSE…

  • Pasaran
  • January 20, 2025
  • 237 views
Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pagi ini, didorong oleh sentimen berhati-hati menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden AS hari ini, kata penganalisis. Pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

  • March 19, 2025
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

  • March 19, 2025
Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan