Pihak berkuasa pelaburan Abu Dhabi mahu tingkat pelaburan di Malaysia

  • News
  • January 14, 2025

ABU DHABI: Pihak Berkuasa Abu Dhabi (ADIA), menyatakan minat untuk terus mempertingkatkan pelaburannya di Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebagai pelabur global berimpak tinggi, ADIA memainkan peranan penting dalam sektor infrastruktur, kesihatan, tenaga, dan banyak lagi di peringkat global.

“Antara pelaburan utama mereka di peringkat antarabangsa termasuk lapangan terbang di United Kingdom dan Perancis, Pelabuhan Khalifa di Emiriah Arab Bersatu (UAE), serta projek infrastruktur logistik di India dan tenaga di Amerika Syarikat,” katanya.

Tengku Zafrul berkata di Malaysia komitmen ADIA terserlah melalui pelaburan yang selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan rangka kerja Ekonomi MADANI.

Antara sumbangan penting ADIA termasuk kerjasama dengan Global Infrastructure Partners (GIP) dalam usaha penswastaan (transformasi) MAHB, selain pelaburan dalam projek infrastruktur utama yang menyokong pertumbuhan mampan negara.

Terdahulu, beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpeluang bertemu dengan kepimpinan tertinggi ADIA iaitu Pengarah Urusan ADIA, Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan serta barisan kepimpinan lain seperti Khalil Foulathi dan Mohamed Al Ameri.

Pertemuan di Abu Dhabi ini membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama pelaburan strategik antara Malaysia dan UAE.

Tengku Zafrul berkata ADIA yang telah lama melabur di Malaysia juga menyatakan komitmen untuk memberi tumpuan utama mencipta nilai yang lebih besar untuk memastikan kejayaan pelaburan di Malaysia dalam pelbagai sektor termasuk usaha transformasi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

“Ini jelas menunjukkan keyakinan kukuh terhadap dasar kerajaan yang mesra pelabur yang akan memanfaatkan rakyat dalam jangka masa panjang.

“Melalui hubungan strategik ini, kami terus memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi utama untuk pelaburan berkualiti tinggi, sekali gus memperkukuh daya saing ekonomi, mencipta peluang pekerjaan baharu, dan merancakkan pembangunan ekonomi negara,” katanya.

ADIA merupakan salah satu entiti yang memiliki dana kekayaan terbesar dunia dengan aset dianggarkan melebihi AS$1 Trilion.

Selain ADIA, Perdana Menteri dan Tengku Zafrul turut mengadakan pertemuan dengan dua lagi dana kekayaan berdaulat UAE iaitu Masdar dan Mubadala.

Coelho

Related Posts

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

  • June 13, 2025
Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

  • June 13, 2025
KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN