YTL Bangunkan Bandar Baharu Brabazon Di Bristol, Bandar Paling Lestari

  • News
  • January 16, 2025

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan pembangunan bandar baharu Brabazon YTL Group di Bristol, bandar terbesar di barat daya England.

Pembangunan Bristol Brabazon yang memenangi anugerah itu dijangka mengubah tapak bersejarah Filton Airfield menjadi kawasan yang menempatkan kemudahan penting seperti  tempat kerja, sekolah, kedai, pengangkutan awam, penjagaan kesihatan dan kawasan hijau dalam tempoh 15 tahun.

Anwar turut memuji usaha YTL, yang merupakan pelabur terbesar Malaysia di UK, dalam menjayakan pelbagai pembangunan utama di negara tersebut.

Selain pembangunan 6,500 rumah lestari berkualiti tinggi, projek itu juga akan membina tiga sekolah baharu dan taman bandar baharu.

YTL membuat pelaburan pertamanya di UK pada 2002 dengan pengambilalihan Wessex Water.

Pada majlis pelancaran tersebut, Pengerusi Eksekutif YTL Group, Tan Sri Sir Francis Yeoh Sock Ping berkata syarikat itu akan melabur sebanyak £4 bilion (RM21.96 bilion) lagi di UK dalam tempoh lima tahun akan datang

Sementara itu, Anwar berkata Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan menjadi saluran kritikal untuk mengembang dan memudahkan pelaburan serta perdagangan antara Malaysia dan United Kingdom (UK).

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.

“Malah saya memilih untuk merakamkan penghargaan saya kepada Perdana Menteri UK kerana berjaya menyertai perjanjian CPTPP.

“Ia merupakan komitmen politik yang serius bagi UK dan Malaysia, memberi tumpuan kepada asas ekonomi demi kepentingan kedua-dua negara untuk menggalakkan perdagangan bebas,” kata beliau.

Anwar berkata demikian pada majlis pelancaran pembangunan bandar baharu Brabazon YTL Group di Bristol, bandar terbesar di barat daya England.

Malaysia meratifikasi CPTPP pada Oktober 2024, menyertai Peru, Jepun, Singapura, Chile, New Zealand dan Vietnam yang berbuat demikian, manakala UK menyertai secara rasmi pada Disember tahun lepas.

Di bawah rangka kerja ini, tarif bagi produk oleh negara anggota akan dikurangkan kepada sifar.

Anwar yang berada di London sempena lawatan kerja selama lima hari berkata dengan menyertai usaha niaga di luar negara, perniagaan Malaysia boleh memperkukuh hubungan pasaran global mereka, seterusnya menyumbang kepada aspirasi Malaysia untuk mengembangkan perdagangan negara melalui rangka kerja antarabangsa seperti CPTPP.

Sepanjang lawatan itu, Anwar akan diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Coelho

Related Posts

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

  • June 13, 2025
Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

  • June 13, 2025
KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN