Brahim’s sahkan runding lepaskan 70% ekuiti

SEPANG: Pengerusi Eksekutif Brahim’s Holdings Berhad, Datuk Seri Ibrahim Ahmad mengesahkan pihaknya sedang dalam perbincangan untuk melepaskan 70 peratus ekuiti di dalam Brahim’s Food Services (BFS) dengan beberapa pihak termasuk entiti asing selain Malaysia Airlines.

Menurut beliau, terdapat beberapa syarikat, termasuk MAG, telah menghubungi BFS untuk membeli saham mereka.

“Kami berhasrat untuk melepaskan 70 peratus ekuiti tersebut pada harga yang betul dan berpatutan.

“Ada pihak tempatan yang berminat (yang telah menghubungi kami) dan satu pihak asing yang berminat juga. Tetapi itu semua dalam perbincangan (sekarang),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Brahim’s Food Services, Lapangan Terbang Kuala Lumpur di sini, pada 8 September lalu. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BHB, Mohd Fadhli Abdul Rahman.

Pada 23 Ogos, New Straits Times (NST) melaporkan bahawa Deloitte Malaysia menilai kepentingan 70 peratus Brahim dalam BFS sehingga RM129 juta, tidak termasuk sebarang muhibah.

Anggaran itu berdasarkan penilaian Deloitte Malaysia antara RM162.8 juta dan RM184 juta untuk BFS secara keseluruhan.

MAG masih memiliki 30 peratus kepentingan dalam BFS, manakala Brahim’s memegang baki 70 peratus kepentingan.

BFS terus membekalkan makanan dalam penerbangan kepada 35 pelanggan syarikat penerbangan asingnya, Qatar Airways, Emirates, All Nippon Airways, Japan Airlines dan Turkish Airlines untuk menamakan beberapa tanpa sebarang gangguan.

“BFS boleh bertahan tanpa MAG, walaupun MAG sebelum ini menyumbang 50 peratus daripada pendapatan BFS. Kita sedang berbincang dengan dua syarikat penerbangan sekarang.

“Lazimnya, syarikat penerbangan antarabangsa tidak fokus kepada soal harga tetapi lebih kepada kualiti dan ini kami mampu berikan,” kata beliau.

Sementara itu, Mohd Fadhli berkata, tuduhan Malaysia Airlines bahawa kualiti Brahim’s teruk dan mengakibatkan kerugian syarikat penerbangan negara itu, agak aneh.

“Kami ada 36 syarikat penerbangan termasuk Malaysia Airlines dan enam daripadanya adalah antara tersenarai dalam 10 terbaik di dunia yang menjadi pelanggan katering penyajian penerbangan dan perkhidmatan kami.

“Enam daripada 10 syarikat penerbangan terbaik dunia yang dibekalkan makanan dan perkhidmatan oleh Brahim’s ialah Qatar Airways (tempat teratas terbaik dunia), Emirates, ANA All Nippon Airways, Japan Airlines, Turkish Airlines dan Korean Air.

“Kalau benarlah teruk perkhidmatan kami, mengapa hanya Malaysia Airlines mendakwa sedemikian?,” kata beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif itu berkata lagi adalah tidak adil untuk melabelkan kumpulan itu sebagai faktor utama yang mengheret pendapatan syarikat penerbangan itu, memandangkan perniagaan katering hanya mewakili 3% daripada jumlah kos operasi MAG.

“Seolah-olah kami ini tidak lebih sekadar jadi `kambing hitam’, sesuka hati dituduh sebagai punca. Buatlah kira-kira. Tidak logik pun,” kata Mohd Fadhli.

Coelho

Related Posts

IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) dijangka menarik 48,000 peserta dan 480 pempamer dari 48 negara yang bakal menjana potensi perniagaan dianggarkan berjumlah…

Ringgit cecah bawah RM4.10 sedolar AS, tertinggi dalam tiga tahun

KUALA LUMPUR: Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tiga tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selepas langkah rangsangan tambahan China pada hujung minggu menyokong sentimen untuk mata wang serantau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

  • October 4, 2024
CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

  • October 4, 2024
IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

  • October 3, 2024
Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

  • October 3, 2024
Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

  • October 3, 2024
MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

  • October 2, 2024
Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia