Colin Currie dilantik jadi CEO AirAsia Digital

SEPANG: Capital A mengumumkan pelan induk untuk mengembangkan perniagaan digital di bawah kepimpinan Presiden Komersialnya, Colin Currie yang akan memegang dua peranan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Digital.

Sementara itu, Ketua Pelaburan Capital, John Cheing dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) AirAsia Digital dan AirAsia Super App berkuat kuasa pada 1 Mac 2023.

Peralihan kepimpinan ini adalah sejajar dengan rancangan pertumbuhan syarikat untuk menskala portfolio perniagaan digital Capital A, yang termasuk anak-anak syarikatnya, AirAsia Super App, platform perjalanan dan gaya hidup serta portfolio fintech syarikat, BigPay.

CEO Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, berkata keputusan suku keempat 2022 menunjukkan prestasi mantap bagi kedua-dua perniagaan aplikasi super dan fintech, justeru kumpulan teruja untuk melancarkan fasa berikutnya pertumbuhan portfolio digital.

“Saya berkeyakinan sepenuhnya terhadap Currie untuk memegang peranan CEO AirAsia Digital berikutan pengalaman menerajui Adidas untuk mencatatkan pertumbuhan memecah rekod di pasaran serantau yang diuruskannya.

“Beliau akan mengetuai sebuah pasukan berdaya saing untuk membina sinergi lebih kukuh dan pengalaman pengguna lebih baik dalam perjalanan serta pembayaran dengan membentuk kerjasama lebih erat antara AirAsia Super App dan BigPay untuk pengguna dalam ekosistem Capital A.

“Pengalaman Cheing sebagai Ketua Pelaburan Capital A dan pembabitan rapatnya, khususnya dalam perancangan strategik AirAsia Super App juga akan memanfaatkan peranan baharunya sebagai CFO AirAsia Digital. Currie dan Cheing akan bekerjasama rapat dengan saya untuk menskala naik portfolio perniagaan digital kami,” katanya dalam satu kenyataan.

AirAsia Super App adalah plaform perjalanan, e-dagang dan fintech sehenti Capital A yang menawarkan kira-kira 15 produk dan perkhidmatan menerusi Super App selain laman web airasia.com.

Dikuasakan oleh data dan teknologi, AirAsia Super App memanfaatkan ekosistem digital 51 juta pengguna serta 40 juta muat turun untuk menjana pengalaman pengguna yang lancar dan khusus.

BigPay adalah kumpulan fintech Asia Tenggara yang ditubuhkan pada 2017.

Daripada gerbang pembayaran hingga pemindahan antarabangsa, insurans mikro, pinjaman peribadi, simpanan dan belanjawan pintar, matlamatnya adalah memacu perubahan mampan untuk pelanggan dan perniagaan merentasi Asia Tenggara.

  • Coelho

    Related Posts

    Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

    KUALA LUMPUR, 25 Jun 2025 – Kemunculan Irelia Management Sdn Bhd sebagai pemegang saham utama baharu Parkson Holdings Bhd telah mencetuskan lonjakan ketara dalam harga saham syarikat peruncitan itu, namun…

    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    KUALA LUMPUR, 13 Jun 2025 – Pengarah Sapura Holdings Sdn Bhd, Shahriman Shamsuddin hari ini mengakui di Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak mengambil sebarang tindakan bagi melaksanakan haknya dalam isu…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

    • June 25, 2025
    Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

    Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

    • June 25, 2025
    Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    • June 20, 2025
    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

    • June 20, 2025
    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit