Colin Currie dilantik jadi CEO AirAsia Digital

SEPANG: Capital A mengumumkan pelan induk untuk mengembangkan perniagaan digital di bawah kepimpinan Presiden Komersialnya, Colin Currie yang akan memegang dua peranan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Digital.

Sementara itu, Ketua Pelaburan Capital, John Cheing dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) AirAsia Digital dan AirAsia Super App berkuat kuasa pada 1 Mac 2023.

Peralihan kepimpinan ini adalah sejajar dengan rancangan pertumbuhan syarikat untuk menskala portfolio perniagaan digital Capital A, yang termasuk anak-anak syarikatnya, AirAsia Super App, platform perjalanan dan gaya hidup serta portfolio fintech syarikat, BigPay.

CEO Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, berkata keputusan suku keempat 2022 menunjukkan prestasi mantap bagi kedua-dua perniagaan aplikasi super dan fintech, justeru kumpulan teruja untuk melancarkan fasa berikutnya pertumbuhan portfolio digital.

“Saya berkeyakinan sepenuhnya terhadap Currie untuk memegang peranan CEO AirAsia Digital berikutan pengalaman menerajui Adidas untuk mencatatkan pertumbuhan memecah rekod di pasaran serantau yang diuruskannya.

“Beliau akan mengetuai sebuah pasukan berdaya saing untuk membina sinergi lebih kukuh dan pengalaman pengguna lebih baik dalam perjalanan serta pembayaran dengan membentuk kerjasama lebih erat antara AirAsia Super App dan BigPay untuk pengguna dalam ekosistem Capital A.

“Pengalaman Cheing sebagai Ketua Pelaburan Capital A dan pembabitan rapatnya, khususnya dalam perancangan strategik AirAsia Super App juga akan memanfaatkan peranan baharunya sebagai CFO AirAsia Digital. Currie dan Cheing akan bekerjasama rapat dengan saya untuk menskala naik portfolio perniagaan digital kami,” katanya dalam satu kenyataan.

AirAsia Super App adalah plaform perjalanan, e-dagang dan fintech sehenti Capital A yang menawarkan kira-kira 15 produk dan perkhidmatan menerusi Super App selain laman web airasia.com.

Dikuasakan oleh data dan teknologi, AirAsia Super App memanfaatkan ekosistem digital 51 juta pengguna serta 40 juta muat turun untuk menjana pengalaman pengguna yang lancar dan khusus.

BigPay adalah kumpulan fintech Asia Tenggara yang ditubuhkan pada 2017.

Daripada gerbang pembayaran hingga pemindahan antarabangsa, insurans mikro, pinjaman peribadi, simpanan dan belanjawan pintar, matlamatnya adalah memacu perubahan mampan untuk pelanggan dan perniagaan merentasi Asia Tenggara.

  • Coelho

    Related Posts

    Pengasas 99 Speedmart kini individu ketujuh paling kaya di Malaysia 

    KUALA LUMPUR: Pengasas rangkaian runcit 99 Speedmart, Lee Thiam Wah kini muncul antara 10 individu terkaya Malaysia dengan nilai kekayaan RM17.6 bilion. Kedudukan itu menurut Senarai Individu Terkaya Nanyang Siang…

    Starbucks, kesatuan pekerja tarik balik saman ke atas satu sama lain

    BENGALURU: Starbucks dan kesatuan yang mewakili lebih 10,000 barista bersetuju untuk menarik balik saman yang difailkan terhadap satu sama lain, kata syarikat itu, sehari selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk membawa…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kepengerusian ASEAN: Persiapan Malaysia Antara Yang Terbaik – PM

    • February 10, 2025
    Kepengerusian ASEAN: Persiapan Malaysia Antara Yang Terbaik – PM

    PM arah batal serta-merta lesen peniaga jual tapak bazar ramadan kepada pihak ketiga

    • February 10, 2025
    PM arah batal serta-merta lesen peniaga jual tapak bazar ramadan kepada pihak ketiga

    Pengasas 99 Speedmart kini individu ketujuh paling kaya di Malaysia 

    • February 7, 2025
    Pengasas 99 Speedmart kini individu ketujuh paling kaya di Malaysia 

    Starbucks, kesatuan pekerja tarik balik saman ke atas satu sama lain

    • February 3, 2025
    Starbucks, kesatuan pekerja tarik balik saman ke atas satu sama lain

    Key Alliance lantik Farhash Salvador sebagai Pengerusi baharu

    • January 30, 2025
    Key Alliance lantik Farhash Salvador sebagai Pengerusi baharu

    Bekas CEO syarikat air di Johor didakwa tipu RM3.38 juta dalam program kebajikan tidak wujud

    • January 28, 2025
    Bekas CEO syarikat air di Johor didakwa tipu RM3.38 juta dalam program kebajikan tidak wujud