PRK Kemaman ditetapkan pada 2 Disember

  • News
  • October 17, 2023

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kemanan, Terengganu pada 2 Disember ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 18 November dan 28 November depan.

“Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK Parlimen Kemaman adalah terkini sehingga DPPR Tambahan Bulan Ogos 2023 yang dikemas kini sehingga 3 Oktober.

“DPPR ini mengandungi seramai 141,790 orang pemilih yang terdiri daripada 141,382 orang pengundi biasa, 387 orang anggota polis, sembilan (9) orang anggota tentera dan pasangan, dan 12 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

“DPPR bagi PRK ini akan mula dijual pada 14 November 2023 (Selasa),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK Parlimen Kemaman.

Beliau berkata, PRK Parlimen Kemaman menelan perbelanjaan sebanyak RM3.5 juta.

Seramai 2,102 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRK tersebut.

Sebanyak 49 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 244 tempat mengundi atau saluran dan empat pusat mengundi awal yang mengandungi empat tempat mengundi awal akan digunakan.

Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 53 buah dengan 248 tempat mengundi.

Sementara tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 18 November sehingga pukul 11.59 malam, 1 Disember.

Pada 26 September lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili Pas selepas pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Rentetan itu, pada 3 Oktober lalu, Pas memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen berkenaan.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

  • September 30, 2026
Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028